Nampak gayanya hubungan percintaan antara Fuad Rahman dengan Tom masih ‘panas’ apabila ada yang mendakwa penyanyi itu masih berstatus suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Kehidupan Saya Mungkin Tidak Macam Orang Lain Yang Tahu Halal & Haram’ – Tom
Artikel Berkaitan: Dakwa Tom ‘Penyondol’, Individu Tak Percaya Fuad Rahman Dalam Proses Cerai, Minta Kemukakan Bukti?
Bukan orang ketiga!
Menjawab kontroversi itu, Tom menyangkal dakwaan dirinya sebagai penyondol seperti yang rancak diperkatakan.
Tegas Tom, 36, mereka baharu sahaja kembali bercinta malah hubungan ini juga diketahui oleh bekas isteri Fuad, Siti Zulaiha.
Tak tahulah nak cakap apa. Saya kenal dia sebelum sertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Baru sekarang ini kami kembali bercinta.
Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai. Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol.
Nak jaga Fuad
Tambah Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia terbuka untuk kembali bercinta selepas menjadi saksi kesulitan yang terpaksa ditempuhi Fuad.
Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia menempuh waktu sukar. Saya sendiri baca bukti perbualan antara Fuad dan bekas isterinya.
Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman ketika waktu sukar ini.
Dalam pada itu, Tom enggan pening kepala mengambil kisah mulut-mulut yang rancak berborak tentang mereka berdua.
Orang boleh cakap apa sahaja kerana mereka tak tahu apa-apa. Kami yang melalui hubungan ini.
Biarlah apa orang nak cakap tentang saya. Saya tak ambil peduli dan saya tak boleh nak tutup mulut orang.
Sebab yang lebih tahu adalah keluarga dia. Malah, bekas isteri dia pun tahu saya bukanlah punca mereka bercerai.
Sebelum ini, di Forum CARI, ada individu mendakwa Fuad dan Zulaiha masih suami isteri yang sah kerana tiada nombor pendaftaran cerai di Mahkamah Syariah Singapura.
Susulan itu, individu tersebut meminta Fuad tampil menunjukkan nombor pendaftaran kes dan notis kedatangan sebagai bukti bahawa kes perceraiannya sedang dalam proses.