Baru-baru ini, pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom mengesahkan mereka kembali bercinta selepas 17 tahun berpisah. Susulan pengumuman itu, kedua-dua peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) memuat naik gambar mesra di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tom Enggan Kembali Menyanyi Di Kelab Malam – ‘Saya Cuba Insafi Diri’
Artikel Berkaitan: Kembali Bertaut Selepas 17 Tahun, Utuh Betul Cinta Fuad Rahman & Tom
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Punca Orang Ketiga’ – Fuad Rahman & Isteri Sudah Bercerai Sebelum Bertanding Di GV9
Kehidupan saya tak sama
Aksi berpelukan yang ditayang kepada umum telah membuatkan rata-rata warganet ‘sakit mata’ melihat.
Enggan memanjangkan isu, Tom meminta maaf dengan kekhilafan diri sendiri yang tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
Kata penyanyi berumur 36 tahun itu, dia sudah terbiasa dengan kehidupan yang mengamalkan pergaulan bebas.
Minta maaf pasal gambar saya yang sudah tersebar berpeluk mesra dengan lelaki, tidak sengaja. Kehidupan saya mungkin tidak macam orang lain yang tahu halal dan haram.
Salah saya tidak ambil berat perkara sebegini sebelum ini. Maaf sangat-sangat. Pada yang kurang senang tengok gambar-gambar dan video saya sebelum ini, saya mahu mohon maaf.
Saya sangat-sangat tidak perasan benda macam itu tidak boleh sebagai Islam. Hidup saya terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan.
Nak belajar pasal agama
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dirinya bukan insan yang penuh ilmu agama di dada.
Walau bagaimanapun, Tom terbuka hati untuk mendalami tentang agama selain ingin berubah menjadi orang yang lebih baik.
Saya pun teringin hendak belajar bab-bab agama. Saya selalu keliru tentang halal dan haram sebab sudah terbiasa dengan kehidupan yang terlalu terbuka antara lelaki dan perempuan.
Bab-bab agama saya tidak berapa tahu sangat. Doakan saya supaya lebih tahu bab-bab halal dan haram selepas ini. Saya minta maaf.
Sumber: Instagram @raja_king_tom