berita

‘Saya Bukan Tak Mahu Bertemu Dengan Dia Tetapi…’ – Awie Kesal Ditipu Individu Dianggap Adik

September 10th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie didakwa menghidap penyakit misteri sehingga lintah keluar dari pusatnya. Dia terkena penyakit misteri itu sebaik sahaja pulang dari mengerjakan umrah pada tahun lalu.

Terbaru, Datuk Awie dikatakan telah ditipu oleh seseorang yang telah dianggap seperti darah daging sendiri dan perkara itu cukup memilukan.

Allah sudah tunjuk siapa dirinya yang sebenar

Menerusi Astro Gempak, Datuk Awie mengakui tidak ingin berjumpa dengan individu tersebut kerana dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan lagi-lagi individu itu adalah seseorang yang rapat dengannya dan telah dianggap sebagai adik.

Saya bukan tidak mahu bertemu dengannya tetapi saya takut keadaan menjadi lebih buruk. Jadi lebih baik elak untuk bertemu.

Saya kalau boleh dah tak mahu tengok muka dia. Saya tidak sangka orang yang dianggap seperti adik, sanggup buat saya macam tu.

Datuk Awie bagaimanapun telah memafkan individu tersebut dah berharap agar rakannya itu insaf serta tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Tetapi untuk kembali menjalinkan hubungan seperti dahulu mungkin tidak. Allah sudah tunjuk siapa dirinya yang sebenar dan saya bersyukur.

Saya anggap ini sebagai satu lagi ujian untuk saya. Tidak mengapa sebab saya sentiasa yakin dengan rezeki yang sudah Allah tentukan.

Membukukan perjalanan hidupnya

Datuk Awie juga turut menceritakan tentang niatnya untuk membukukan kisah hidup serta perjalanan selama tiga dekad sebagai anak seni.

Buku ini lebih kepada penceritaan berbentuk fakta berdasarkan perjalanan hidup saya sebagai anak seni dan insan biasa.

Ada banyak yang belum saya ceritakan kepada umum, tetapi semuanya berkaitan saya dan tidak akan sesekali saya membuka aib individu lain yang pernah ada dalam hidup dan kerjaya saya.

Sebelum ini sudah ada penulis yang mahu memulakan memulakan projek itu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana syarikat penerbitan pula ditutup.

Sumber: Astro Gempak, Utusan Online

 

SKIP THIS AD ×