berita

Naim Daniel Sedang Dalam Fasa Bahagia, Wanita Satu Industri Jadi Pilihan

September 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

naim daniel

Foto: Harian Metro

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mengakui bahawa dia ketika ini dia sedang mengenal hati budi seorang gadis yang juga rakan di dalam industri hiburan.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Brotherhood, Nak Buang Stigma Dalam Kalangan Lelaki’ – Naim Daniel

Artikel Berkaitan: Naim Daniel Perjelas Isu Babak Merokok Dalam Project: High Council

Tak mahu terlalu teruja

naim daniel

Ketika ditemui OhBulan! Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin mendedahkan bahawa hubungan mereka masih lagi di fasa pengenalan.

Bagaimanapun, penyanyi tersebut enggan mendedahkan identiti kekasih hatinya.

Kami memang dalam fasa mengenali. Orang industri juga, tetapi kami tak pernah kerja sekali pun. Saya jumpa orang yang sama ‘gila’ dengan saya dan juga yang memahami saya.

Naim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 di Z Botanica, 1 Utama pada malam.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, hubungan tersebut telah pun diketahui oleh kedua-dua orang tua mereka namun Naim tidak mahu terlalu teruja.

Ayah saya kata jangan seronok sangat nanti menangis. Tapi Alhamdulillah saya gembira bila ada orang yang sama ‘wavelength’ dengan saya. Saya selesa dengannya kerana pemikiran kami sama.

Dia orangnya baik dan datang daripada keluarga yang baik-baik juga. Keluarga kami sudah mengetahui dan pernah berjumpa.

Saya nak kahwin tapi terlalu banyak lagi benda nak difikirkan terutama tentang kerjaya saya. Apabila ada berita baik nanti saya akan maklumkan.

Dalam pada itu, Naim memaklumkan bahawa dia bakal membawa enam buah lagu untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada 23 November 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×