berita

“Saya Cuma Mangsa Keadaan”-Linda Onn Perjelas Punca Sebenar Fitnah Majalah Ujang

August 23rd, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

LindaOnnSaman

Pada 21 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, ‘Ujang’ berhubung dengan kenyataan fitnah dalam satu segmen pada Januari tahun lepas.

Menerusi Bernama kelmarin, Hakim See Mee Chun memerintahkan defendan Linda Onn dan pemilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

Adakah Pembaca Berita/Hos Itu Yang Bersalah ?

LindaOnnSaman1

Ekoran dengan keputusan mahkamah tersebut, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn memberi penjelasan situasi sebenar mengenai fitnah tersebut melalui akaun laman sosial Facebook dan Instagramnya.

Salam. Nak tanya kawan2 kat FB. Imagine ya. Bayangkan situasi ini – Seorang pembaca berita atau hos yang tugasnya membaca telah diberikan dan disediakan skrip oleh pihak penerbit untuk dibaca olehnya. Tugas beliau ialah membaca dan dalam keadaan rakaman atau siaran langsung, beliau tidak ada masa walau satu minit untuk cek skrip tu, buat homework, menyelidik mahupun mengubah skrip yg diterima. Ditakdirkan skrip itu ada ketidaksahihan cerita. Adakah pembaca berita/hos itu yang bersalah ?

Dalam pada itu, Linda Onn juga menjelaskan bahawa dia sangat berhati-hati dengan setiap kata-katanya apabila bertugas.

“U Know I Tak Cakap Sesuka Hati”

Screen Shot 2015-08-23 at 15.12.32

LindaOnnSaman2

Saya Cuma Mangsa Keadaan

Screen Shot 2015-08-23 at 15.25.26 Screen Shot 2015-08-23 at 15.25.33

Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen ‘Carta 30 Lagu Top Mingguan’ kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Jan tahun lepas, telah menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang telah berlaku kepada Majalah Ujang yang dimiliki plaintif.

Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, Linda Onn mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif  Perkataan-perkataan tersebut telah mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Apapun, Linda pun dah keluarkan kenyataan di Instagram mengenai situasi sebenar dan harap agar Linda Onn lepas ni perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesebuah segmen agar tidak berulang lagi perkara seperti ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×