berita

‘Saya Cuma Nak Berkongsi’ – Dituduh Riak Tunjuk Kemewahan, Ini Respon Nabil Ahmad

September 6th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video majlis agama bersama Nabil Ahmad di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Sunway. Video berdurasi 16.21 saat itu dirakamkan tiga tahun lalu lalu merupakan perkongsian Nabil mengenai kuasa sedekah yang mengubah kehidupannya.

Namun, perkongsian itu mendapat kecaman netizen yang menganggap Nabil riak dan sengaja menunjukkan kemewahan. Ini respon Nabil bila dilemparkan komen negatif terhadap dirinya.

Berkat menjaga ibu-bapa

Di dalam video tersebut, Nabil berkongsi bagaimana dia berjaya mengubah kehidupannya. Bayangkan dari bergaji hanya RM600 sebulan, Nabil telah mendapat gaji sehingga RM50,000 sebulan. Perkongsian itu disalah tafsir oleh netizen.

Saya cuma nak berkongsi macam mana orang tiada pendidikan seperti saya ini boleh berjaya dan salah satu caranya dengan sedekah. Saya tak marah bila netizen kata riak sebab nanti akan timbul tak ikhlas pula.

Tak pasti kenapa mereka ini nak lemparkan komen negatif pada saya walhal video itu kisah yang baik.

Kuasa sedekah itu besar maknanya

Mungkin lepas mereka lihat video itu terus ada rasa nak bersedekah pada orang yang memerlukan.

Kuasa sedekah itu sangat besar maknanya dan ganjaran yang Tuhan janjikan pun amat luas.

Nabil turut memberitahu ada juga pihak yang dapat menerima dan memahami mesej perkongsiannya itu tanpa menghakimi soal pendapatan yang diraihnya.

Semoga perkongsian Nabil dapat membuka mata kita. Sabarlah Nabil. Bukan semua faham niat kita. Yang penting niat kita itu betul. Ambil yang positif.

Sumber : Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×