Di Twitter, seorang lelaki dikenali IdealUzair, menceritakan kisah lucu kawannya yang ‘discam’ oleh kanak-kanak. Kisah tersebut bermula apabila kawannya menerima satu pesanan penghantaran makanan daripada seorang kanak-kanak.
Kongsi cerita
Menerusi tweet tersebut, lelaki itu menceritakan semula detik-detik kawannya ‘ditipu’ oleh seorang kanak-kanak. Kisahnya bermula, apabila kawannya menerima satu pesanan melalui penghantaran pizza yang berharga RM28.50. Setelah pesanan tersebut telah siap, rakannya terus bergegas ke rumah pelanggan tersebut bagi menghantar makanan tersebut.
Setibanya di rumah tersebut, kanak-kanak itu membayar dengan satu plastik beg berwarna oren yang penuh berisi duit syiling. Namun, kawannya ketika itu yang agak rushing dan tidak sempat untuk mengira jumlah duit yang diberikan oleh kanak-kanak itu. Kawannya ketika itu sempat memesan akan Whatsapp semula pelanggannya jika duit yang diberikan tidak mencukupi. Akhirnya, duit syiling tersebut ditukar di sebuah pam petrol, malangnya duit tersebut hanyalah RM18. Maksudnya di sini, duit yang adik itu berikan tidak cukup RM10.50.
Sedar dengan apa yang terjadi, rakannya terus Whatsapp semula kepada kanak-kanak itu memberitahu jumlah bayaran yang diberikan tidak mencukupi. Tidak berakhir di situ, rakannya sempat ‘mengugut’ kanak-kanak itu mahu membuat laporan polis susulan kes itu. Panik dengan kejadian tersebut, kanak-kanak itu menawarkan RM15 sebagai ‘pampasan’ kepadanya dan meminta dia untuk datang semula ke rumahnya.
Moga adik kenyang ya!
Jelas kanak-kanak itu, pesanan makanan tersebut dibuat tanpa pengetahuan ayahnya. Kawannya ketika itu, menganggap itu merupakan rezeki kanak-kanak itu dan menghalalkan baki RM15 tersebut. Di hujung perbualan mereka berdua, kanak-kanak itu sekali lagi memohon maaf dengan apa yang terjadi.
Bukan nak tipu
Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai respon terhadap kanak-kanak itu dan penghantar makanan itu. Jelas mereka, mungkin kanak-kanak itu tidak tahu jumlah asal duit syiling yang berada di dalam plastik tersebut. Mereka turut mendoakan supaya lelaki itu dimurahkan rezeki atas tindakannya yang belanja kanak-kanak itu.
Perkongsian tersebut telah meraih 8.3k retweet dan 13.3k likes.
Sumber: IdealUzair