Pelakon Zahnita menafikan dakwaan dia pernah curang ketika dalam perkahwinan bersama suaminya, Abdul Zackery.
Artikel Berkaitan: Anak Dakwa Zahnita Wilson Sudah Rancang Buat Pendedahan, Mata Lebam Foto Lama?
Artikel Berkaitan: Zahnita Dakwa Suami Beri Syarat Tarik Laporan Kes Pukul Jika Mahu Bercerai – ‘Dia Cuba Tunjukkan Dia Tak Bersalah’
Siapa yang curang?
Memetik laporan MalaysiaGazette, Zahnita berkata, dia seorang isteri yang taat sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Siapa yang curang sebenarnya? Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya curang, mana buktinya? Saya keluar rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi.
Ujar Zahnita lagi, Zackery perlu tampil dengan bukti yang lebih kukuh sekiranya dia berlaku curang. Sebagai seorang wanita, Zahnita mengakui dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila imejnya diburukkan oleh sesetengah pihak.
Terdahulu, suami Zahnita mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga.
Bukan itu sahaja, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.
Tambah Zackery, sepanjang 20 tahun hidup bersama, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang sentiasa minta untuk diceraikan.
Sumber: MalaysiaGazette