Pelakon, Zara Zya berkongsi mengenai keadaan terkini selepas menjalani pembedahan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hari Ketujuh Dalam Wad, Zara Zya Perlu Jalani Sesi Fisioterapi
Artikel Berkaitan: Hampir Dua Minggu Di Hospital, Zara Zya Kena Jalani Pembedahan Hari Ini
Boleh duduk dan berjalan
Zara yang menghidap dua sindrom iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome perlu menjalani pembedahan selepas dua minggu berada di hospital.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Zara Zya berkata, dia sudah boleh duduk dan berjalan secara perlahan.
Hari ni, saya dah boleh perlahan lahan duduk dan sedikit berjalan tau. Doakan saya terus kuat ye.
Tambah Zara, dia bersyukur kerana semua urusannya dipermudahkan.
Alhamdulillah. Syukur. Allah sentiasa beri saya peluang berkali-kali. Allah sangat sayangkan saya. Dia mahu saya sentiasa ingat pada dia, sebab itu dia hadiahkan ujian ini buat saya. Terima kasih Allah. Ini juga berkat doa kalian semua.
Tak sangka, ramai yang sayangkan saya. Terima kash sangat. Terharu saya.
Sumber: Zara Zya