Sebelum ini, perkongsian penyanyi Mizz Nina di akaun Instagram miliknya telah mencetuskan spekulasi ramai yang mengaitkan hantaran tersebut dengan krisis rumah tangga bersama suaminya, Noh Salleh.
Namun, walaupun tidak mengulas panjang, Mizz Nina menafikan spekulasi tersebut.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Posting Menyentuh Emosi Di IG, Peminat Doakan Mizz Nina
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Bersama Mizz Nina Didakwa Sedang Bergolak, Ini Respon Noh Salleh
Hanya berkongsi keratan ayat
Menerusi ruangan komen hantaran yang menjadi bualan ramai itu, Mizz Nina menafikan bahawa kenyataan tersebut berkait dengan isu rumah tangganya.
Saya hanya muat naik semula perkongsian dibuat Facebook Qalbyapp. Ini sudah dilakukan sejak dahulu lagi, ia bukanlah kenyataan peribadi saya.
Terdahulu, isu rumah tangga pasangan penyanyi tersebut mula dibualkan selepas Mizz Nina dilihat sering bercuti tanpa suami, selain mereka jarang dilihat bersama.
Walau bagaimanapun, dalam satu temu bual sebelum ini, Noh mengakui tidak tahu menahu bagaimana kisah keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Mizz Nina boleh timbul.
Entahlah, saya tiada komen, anda semua kena tipu. Saya sendiri baru tahu, tidak sangka ada juga cerita-cerita begini.
Itu adalah berita palsu. Bagi saya, perkara seumpama ini tiada maknanya. Kisah peribadi adalah hak saya.
Sumber: Instagram Mizz Nina