berita

‘Saya Dah Bunuh Ibu, Dia Ada Di Ruang Tamu..’ – Anak Tikam Ibu 118 Kali, Siap Call 999 Lagi!

December 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja berusia 17 tahun tergamak menikam ibunya sebanyak 118 kali sehingga maut. Paling yang tidak disangka-sangka, suspek kemudian dengan selambanya menghubungi nombor kecemasan 999 dan melaporkan bahawa dia telah membunuh ibunya.

Bunuh lepas balik joging

Rowan Thompson (suspek)

Berdasrkan sumber The Sun, insiden ngeri itu berlaku pada 1 Julai 2019 yang lalu di London. Ketika kejadian, suspek yang dikenali dengan nama Rowan Thompson bersama ibunya (mangsa), Joanna Thompson baru sahaja pulang dari berjoging. Namun, tidak lama selepas itu secara tiba-tiba, Rowan telah bertindak mencekik ibunya sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Tidak berakhir di situ, sekitar 10 hingga 15 minit kemudian, Rowan sekali lagi menyerang mangsa dengan menikam sebanyak 38 kali di bahagian dahi, 64 kali di leher dan 16 kali di lengan. Malah lebih mengejutkan apabila sekitar jam 12:45 tengahari pada hari yang sama, suspek telah menghubungi 999 dan meminta pihak kecemasan membawa beg mayat.

‘Saya baru bunuh ibu..’

Joanna Thompson (mangsa)

Menurut sumber, pada ketika itu suara suspek langsung tidak kedengaran seperti orang panik mahupun ketakutan sebaliknya dia bercakap dengan nada yang sangat tenang. Malah dia sempat memberitahu bahawa dia meletakkan pisau yang digunakan untuk membunuh itu tempat cuci pinggan.

Saya baru sahaja membunuh ibu saya. Saya cekik dan saya telah menikamnya dengan pelbagai jenis pisau dan lain-lain. Saya memerlukan seseorang untuk menangkap saya iaitu awak dan ambulans. Adik saya di sekolah, dia akan pulang lewat malam ini.

Difahamkan, pada malam kejadian kedua-dua beranak ini mempunyai ‘perbincangan’ yang agak tertekan mengenai kehidupan suspek. Selain suspek menganggap dirinya seperti ‘dikawal’. Rowan kemudian telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Namun, dia kemudian ditempatkan di tahanan pusat rawatan mental.

Pada bulan Oktober iaitu empat hari sebelum dia diadili berhubung pertuduhan membunuh, Rowan telah ditemui mati dalam tahanan tersebut. Difahamkan, kematian Rowan tidak mempunyai sebarang unsur mencurgikan.

‘Dia tidak bernafas’

Walaupun begitu, dalam inkues mengenai kes pembunuhan Joanna telah berlangsung di Mahkamah Winchester Coroner’s baru-baru ini turut memperdengarkan rakaman panggilan suara kepada 999 yang dilakukan oleh Rowan ketika kejadian berlaku.

Dia tidak bernafas. Bawa beg mayat atau apa sahaja yang anda lakukan. Saya 99.9 peratus yakin dia tidak bernafas. Saya hanya membunuh ibu saya. Saya mula mencekiknya, dia jatuh ke lantai. Saya mencekiknya sedikit dan berhenti kemudian saya terus memeluknya. Dia ada di ruang tamu.

Sementara itu, ibu saudara suspek turut mendakwa bahawa anak saudaranya itu kelihatan seperti orang tertekan dan menunjukkan tanda-tanda mahu membunuh diri. Malah pada tahun 2017 lalu, Rowan telah bertindak membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan. Dia juga pernah dimasukkan ke hospital mental kerana masalah depresi yang dialaminya.

Malah dalam siasatan sebelum ini (sebelum kematian Rowan), Rowan mendakwa dia langsung tidak ingat akan kejadian pembunuhan itu. Menurut bapa suspek mendakwa anaknya mengalami masalah mental selain berdepan dengan masalah ‘kecelaruan jantina’. Hal ini kerana sebelum ini, suspek sudah pun menukar jantina dan namanya selain menetapkan dirinya seorang yang tidak berjantina (genderless). Difahamkan, inkues kematian Rowan (suspek) akan dilakukan pada tahun hadapan.

Sumber: The Sun, Daily Mail

SKIP THIS AD ×