berita

Saya Dah Sedia Bergelar Isteri – Amyra Rosli

May 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

amyra

Rasanya nama Amyra Rosli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, betul tak? Malah nama gadis cantik ini semakin melonjak selepas dia dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Aura White menggantikan pelakon Hanez Suraya.

Pada yang tidak tahu, sebenarnya Amyra merupakan tunang kepada pelakon kacak iaitu Dazrin Kamarudin dan khabarnya gadis ini sudah bersedia untuk bergelar isteri walaupun usianya baru menginjak 23 tahun.

Tidak menolak untuk berkahwin awal, pelakon yang popular dengan drama Ku Cinta Kau Seorang ini percaya rezeki tetap ada dalam bidang lakonan walaupun sudah bergelar isteri kelak.

amyradazrin

Malah, melalui laporan Berita Harian, Amyra mengakui keluarganya sudah bersepakat mahu mengadakan majlis tahun ini atau selewatnya awal tahun hadapan.

Saya sudah bersedia bergelar isteri sebaik menjadi tunangan orang Ogos lalu biarpun ada yang mengatakan usia saya masih muda, kerjaya seni pula baru bermula. InsyaAllah rezeki tetap ada. Saya tengok ibu dan nenek saya juga berkahwin muda, tetapi mereka dapat mengekalkan kerjaya dan menjaga keluarga dengan baik.

Kalau diikutkan kami ‘diikat’ dua tahun. Keluarga kami juga nampaknya sudah sepakat mahu mengadakan majlis dalam tahun ini atau selewat-lewatnya awal 2015.

Bagaimanapun, menurut Amyra, semua perancangan masih lagi dalam perbincangan termasuklah tarikh dan resepsi perkahwinannya nanti.

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Amyra dan Dazrin dan semoga jodoh pasangan ini berpanjangan.

SKIP THIS AD ×