Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumahnya yang telah membawa masuk lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuan kini sudah tidak bekerja dengannya lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Dedah Pembantu Rumah Filipina & Indonesia Ada Polisi Yang Berbeza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
‘Kami tak serik ada maid sebab kami perlukan’
Ketika ditemui OhBulan di Majlis Pelancaran Produk Sun Spectrum + oleh Avenys pada Rabu, Dr Say memberitahu dia masih mengekalkan pembantu rumah warga Filipina kerana merasakan wanita itu ikhlas bekerja dengannya.
Pembantu dari Indonesia telah diusir dan kini tinggal pembantu dari Filipina sahaja. Kenapa saya kekalkan dia sebab saya ambil dia pada bulan April lalu dan saya perasan sebelum maid Indonesia datang dia masih baik.
Masa hari cuti pun dia tak balik dan selalu bercerita dengan kami tentang keluarga dia. Dari situ dapat tahu bahawa dia ikhlas bekerja.
Lepas kejadian tu pun, dia ada minta maaf sebab tak beritahu saya tapi saya faham perasaan mungkin sebab dia rasa tersepit.
Sementara itu, Dr Say memaklumkan isterinya, Dr Azura mula berasa skeptikal terhadap pembantu rumah yang berasal dari Indonesia.
Kami tak serik ada maid sebab kami perlukan ia, kerja saya pula tak menentu.
Nak kata trauma sangat tidak, dan tak trauma sangat pun tak juga. Kalau skala 1 hingga 10, saya hanya rasa 5 saja. Maid itu memang ikhlas bekerja sepanjang bersama kami.
Saya ada dengar juga dia dibayar (pelacuran), lelaki-lelaki tersebut membayar kepada dia.
Anak kedua trauma, menangis
Sementara itu, Dr Say turut memaklumkan anak keduanya agak trauma selepas kejadian tersebut berlaku.
Anak pertama dia tidak tahu apa sangat tetapi anak kedua saya pada mulanya agak trauma dia tanya ‘Mana kakak S?’ dan ‘Oh Kakak S dengan bad guy inside the room.
Selepas pada kejadian itu, dia tak cakap apa-apa, dia takut, saya hanya suruh senyap, kalau kami keluar dan ternampak warga Bangladesh pun dia tunjuk dan kata ‘Bad guy’.
Di sekolah juga bila sebut fasal CCTV dia takut, menangis. Saya tak sangka sampai sebegitu.
Tambah Dr Say lagi, pembantu rumah warga Indonesia itu juga ada menghubungi dan meminta maaf kepadanya selain meminta agar Dr Say tidak ‘memburukkannya’ lagi.
Terdahulu Dr Saya mendedah dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa lelaki asing warga Bangladesh ke dalam rumah sehingga terpaksa menghubungi pihak berkuasa.