Didakwa berang diprovokasi sehingga mencetuskan kemarahan, Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilihat melemparkan kata-kata kesat di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Video berdurasi 1:10 minit yang viral di media sosial memaparkan situasi tegang beliau dan beberapa pihak lain.
Punca bertegang leher
Bertindak mempertahankan diri, Datuk Norhizam menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sehingga perkataan kesat ‘babi’ dikeluarkan.
Menurutnya, pada mula beliau masuk ke dewan untuk bersidang suasana sudah kecoh tetapi beliau tetap diam.
Saya tak bising saya tak marah, saya diam saja. Tetapi apabila saya diprovok, saya dimaki hamun, dimakinya saya babi, dimakinya saya ni pengkhianat, dimakinya saya ni orang kerajaan pintu belakang. Pelbagai lagi tohmahan yang diberikan kepada saya, digelarkan kepada saya. Ini yang membuatkan saya menjadi marah. Apabila saya marah, saya berkata dengan YB pembangkang tersebut, siapa yang babi? Siapa yang makan babi?
Jadi kalau kita ni nak maki babi tengoklah, kalau kita dah makan babi, muka pun dah macam babi, kalau boleh perangai jangan macam babi lah. Itu yang saya katakan disini.
Katanya lagi, dia terpaksa mempertahankan diri kerana dia diserang seramai 7 orang ahli pembangkang. Dakwanya, dia diserang terlebih dahulu menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Video viral
Sumber : YB Norhizam Hassan Baktee