Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.
Artikel berkaitan: Rosmah Dibenarkan Tangguh Hukuman, Tunggu Rayuan Selesai
Berikutan daripada itu, Rosmah meluahkan rasa sedih sebaik sahaja pihak mahkamah membuat keputusan.
Tidak menipu dan berkata benar
Menurut Rosmah, beliau sentiasa berpesan kepada pasukan peguamnya bahawa kebenaran perlu dinyatakan kepada mahkamah dan jangan menipu. Tambah Rosmah, dia tidak pernah mempunyai niat meminta atau menerima rasuah.
Saya dibesarkan untuk sentiasa berkata benar dan tidak menipu. Begitu juga saya terapkan kepada anak-anak. Bagaimanapun saya hormat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini. Saya mahu tinggalkan mahkamah ini kenangan yang manis.
Ini membabitkan program Permata saya memberikan segalanya terhadap Yayasan itu. Saya sangat berminat dengan projek pertama saya ini. Saya mengambil berat masa depan kanak-kanak yang dibuli di sekolah dan mengalami gangguan seksual. Tiada siapa nampak saya ambil duit, tiada siapa nampak saya mengira duit. Tapi jika itu kesimpulannya saya serah segalanya kepada Allah. Siapa yang betul dan siapa salah lambat laun akan keluar juga.
Ujar Rosmah lagi, beliau tidak campur tangan urusan suaminya.
Setiap kali saya membuka mulut, beliau akan mengatakan ‘anda hanya isteri saya, jangan campur tangan. Ia mungkin berlaku kepada saya tetapi ia juga mungkin boleh berlaku kepada anda dan anak-anak anda. Kamu lakukan kepada suami saya, kamu mahu saya juga menderita, kami sudah menderita. Saya harap Yang Arif dapat mempertimbangkan saya sebagai seorang wanita yang menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki di dalam rumah.
Mohon belas ihsan
Dalam pada itu, Rosmah turut menangis ketika memohon Mahkamah Tinggi agar bersikap belas ihsan dan lebih berperikemanusian dalam menentukan hukuman terhadapnya. Dalam sebak dan air mata, Rosmah menyatakan bahawa beliau tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.
Tolong jadi lebih belas ihsan, jadi lebih berperikemanusiaan. Jika ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan. Mereka telah lakukannya (hukum) kepada suami saya agar kami menanggung sengsara. Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita kini yang terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong jadi lebih berperikemanusiaan.
Sumber: Harian Metro