Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar perempuan di sebuah institut pengajian tinggi meluahkan rasa traumanya selepas didakwa menerima gangguan seksual oleh seorang pensyarah wanita yang mengajarnya.
Artikel Berkaitan: WhatsApp Suruh Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah, Pelajar Trauma Pensyarah Call Sambil Ajak Beronani
Ugut tolak markah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian yang dibuatnya di laman Twitter @bxngpy, pelajar tersebut mendakwa pensyarahnya itu membuatkan dirinya trauma selepas mula mengajaknya menjadi pasangan dalam hubungan terkutuk.
Lebih teruk lagi, pensyarah tersebut juga dikatakan pernah melakukan perbuatan yang tidak bermoral terhadapnya.
Assalamualaikum bang, saya ada soalan. Sebelum tu saya perkenalkan diri saya dulu, saya berusia 25 tahun, pelajar instituti pengajian tinggi dan saya seorang perempuan.
Pensyarah saya mengaku dia suka dekat saya dan nak jadikan saya sebagai pasangan lesbian dia. Dua minggu lepas, pensyarah saya ni panggil saya ke biliknya.
Pada mulanya, saya rasa biasa je lah. Mungkin pensyarah tu ada beberapa soalan nak tanya pada saya mengenai kerja kursus, tapi sayangnya bukan itu yang saya fikir.
Masuk je dalam bilik pensyarah tu, saya ditolak ke dinding lalu pensyarah terus cium saya mulut saya.
Berasa pelik dengan situasi tersebut, pelajar terbabit lantas menolak dan bertanyakan tujuan sebenar pensyarahnya itu dan mengugut mahu melaporkan hal ini ke pihak atasan.
Namun begitu, difahamkan pensyarahnya itu mengugut akan memberikan markah yang rendah serta menghalangnya daripada menduduki peperiksaan sekiranya dia mahu meneruskan impiannya membuat laporan mengenai perkara tersebut kepada pihak atasan.
Pensyarah tu pun berterus terang dan mengugut saya kalau saya buat aduan pada pihak atasan, dia akan halang saya daripada menduduki peperiksaan dan bagi markah rendah untuk ‘carrymarks’.
Pensyarah ‘talam dua muka’
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, pelajar tersebut juga mendedahkan bahawa dia berasa sangat buntu dan risau sekiranya rakan sekelasnya yang lain mengetahui perkara tersebut.
Ini kerana, rakan-rakannya yang lain pasti tidak akan mempercayai perkara tersebut boleh berlaku kerana pensyarahnya itu kelihatan sangat baik dan sudah pun mendirikan rumah tangga.
Saya buntu sekarang ini nak cerita kepada rakan sekelas, risau diaorang fikir saya buat cerita sebab pensyarah tu memang baik sangat. ramai orang suka dia sebab berperwatakannya itu seperti pijak semut tak mati.
Satu je menjadi persoalan saya, dia ada suami, anak 6 orang. Kenapa saya juga yang dia pilih? Takkan sebab perwatakan saya yang agak ‘boyish’ ni kot dia suka? Tapi saya ‘straight’ bang, Saya pun ada boyfriend tau.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa pelajar tersebut serta ada yang memberi cadangan kepada pelajar ini untuk merakam perbuatan pensyarah itu secara senyap untuk dijadikan sebagai bahan bukti.
Luahan pelajar
Eh lahanettt nya lecturer dia ni gais ?? apa benda aku baca ni, ada dah 6 orang kot. pic.twitter.com/C5Q3e1UcMe
— ? (@bxngpy) June 3, 2023
Sumber: Twitter