Sekadar gambar hiasan
Gangguan seksual di alam maya seringkali terjadi dan perkara ini dilihat semakin berleluasa lebih-lebih lagi dengan penggunaan media sosial yang amat meluas dalam kalangan rakyat. Gangguan seksual juga boleh berlaku di mana jua kita berada dalam apa jua keadaan.
Baru-baru ini, seorang gadis menceritakan kembali pengalaman hitam yang dilaluinya pada tahun lalu apabila dia diganggu secara seksual oleh pensyarahnya.
Pensyarah call ajak ‘onani’
Menerusi perkongsian di Twitter, gadis ini mendakwa pada awalnya, pensyarah yang mengajar di sebuah universiti terkemuka di Johor itu telah menghantar pesanan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp dengan memintanya menjawab soalan untuk kajian penyelidikan. Kajian yang dilakukan pensyarah berkenaan merupakan isu yang agak sensitif. Lebih mengejutkan apabila soalan-soalan yang terdapat dalam kajian tersebut berbaur lucah dan melibatkan seks.
Risau akan keselamatan dirinya, gadis ini tampil membuat laporan polis. Menerusi laporan polis yang dibuat pada Jun 2021, gadis ini mendakwa pensyarah itu ada menghubunginya melalui panggilan telefon dan mengajaknya melakukan onani.
Beliau sering bertanya soalan mengenai seks serta dia juga ada mengeluarkan perkataan lucah dan menerangkan beliau dalam keadaan sedang melakukan perbuatan beronani. Dia meminta agar sama-sama melakukan perbuatan tersebut.
Saya juga ada bertanyakan berkenaan kaji selidik ini dari pelajar senior, dimaklumkan mereka tidak pernah menerima survey yang dinyatakan.
Difahamkan juga, pensyarah berkenaan dikatakan ada datang ke rumah dan menghubungi gadis ini memintanya untuk menarik balik laporan tersebut. Dalam rakaman suara itu, pensyarah terbabit berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka menasihati gadis ini supaya tidak menarik semula laporan tersebut. Bukan itu sahaja, mereka berharap agar tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pensyarah terbabit.
Perkongsian mangsa
Contoh soalan kaji selidik
Laporan polis
Sumber: Twitter