berita

‘Saya Duduk Sekejap’ – Viral Foto Menteri Didakwa Ingkar SOP, Penganjur Mohon Maaf

February 15th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila fotonya dilihat sedang menjamu selera beramai-ramai viral di media sosial. Rata-rata mengkritik tindakan menteri itu yang tidak sepatutnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP yang hanya membenarkan dua orang sahaja bagi setiap meja.

Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Annuar Musa dia hanya menerima jemputan ‘tuan rumah’ dan ini penjelasan beliau sendiri.

Makan di ladang

Foto ini memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling Kuala Lumpur. Namun menurut  Tan Sri Annuar Musa, beliau mendakwa hanya duduk sekejap sahaja di situ dan terus beredar.

Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah,tetapi perlu ikut SOP. Saya mohon maaf diharap tiada yang tersinggung. Walau bagaimanapun saya teruja dengan kegigihan komuniti jayakan URBAN FARM kita. Hidangan di ladang, nampak dalam gambar macam dalam restoran walau di farm dan outdoor. Elok amalkan penjarakan.

Dalam pada itu itu, pengerusi Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah memohon maaf kepada Tan Sri Annuar dan orang ramai kerana gagal mematuhi SOP ketika menjemput menteri melawat tapak projek komuniti mereka.

Keadaan panas terik

Saya memohon maaf kepada netizen yang telah mengaitkan saya kerana hadir dalam majlis yang dihadiri oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan semalam.

Menurut Mohd Zainuddin Hj Amran, mereka masih mengikut SOP ditetapkan dari awal sehingga akhir. Namun kejadian tersebut berlaku apabila dia menjemput Tan Sri Annuar untuk minum sebentar memandangkan keadaan panas terik.

Memang YB menteri juga ingatkan kami mengenai SOP, pastikan pergerakan dan penjarakan namun apa boleh buat netizen lebih suka mencari kesalahan yang sedikit.

Akhir sekali, pihaknya akui bahawa apa yang viral semalam adalah kesilapannya dan rakan pimpinan komuniti setempat dalam mengurus perjalanan program tersebut.

Sumber :  Mohd Zainuddin Hj AmranTan Sri Annuar Musa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×