Muhammad Riduan, bekas pemandu Rozita Che Wan yang mendakwa tidak menerima gaji baru-baru ini telah memuat naik status di Facebook menyatakan semua gajinya sudah dibayar. Menurutnya, dengan bayaran tersebut dia menganggap kesnya itu sudah selesai.
Namun, isu tersebut masih berlanjutan apabila pelakon tersebut, meminta lelaki itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyebarkan cerita yang tidak benar. Menerusi Harian Metro, lelaki tersebut enggan membuat permohonan maaf kerana kesalahan itu bukan datang daripadanya.
Tiada perkembangan mengenai gaji
Selepas perkara ini tular saya diberitahu barulah Che Ta hendak menyiapkan cek untuk membayar gaji,
Mereka tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan, saya sudah jelaskan berkenaan perkara ini dan mahu diselesaikan secara baik di antara kedua belah pihak.
Tetapi jika dia tetap mahu mengambil tindakan seperti yang dinyatakan, teruskan dan saya sedikit pun tidak gentar dengan tindakannya.
Lelaki itu turut mengatakan yang dia sudah melihat niat Che Ta untuk tidak mahu membayar gajinya. Sebelum ini, Riduan pernah menyatakan jika gajinya itu sudah dibayar, segala status yang dimuat naik akan dipadam.
Saya sudah memadam kesemua status
Saya sudah memadam status mengenai kejadian ini di Facebook semalam selepas tunggakan gaji dibayar. Saya anggap perkara ini sudah selesai serta tidak perlu dipanjangkan lagi.
Tetapi jika dia masih tetap ingin meneruskan perkara ini sehingga dibawa ke mahkamah saya tidak ada masalah.
Sumber: Harian Metro