Pelakon Nazim Othman akui gagal menjadi seorang suami yang terbaik kepada bekas isterinya, Bella Dally.
Artikel Berkaitan: Nazim Othman Kagum Dengan Bakat Pelakon Baharu, Titip Pesanan – ‘Sentiasa Beringat Masuk Industri Bukan Semata Nak Glamour’
Artikel Berkaitan: Nazim Othman Ambil Peluang Tanya UAI, Terkenang Dosa Lama Sepanjang 40 Tahun Hidup – ‘Hati Terjentik Saya Tidak Lama Di Dunia Ini’
Era berpasangan tamat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Nazim mendedahkan bahawa dirinya tidak lagi mempertimbangkan untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Nazim, dia lebih rela berstatus bujang daripada menyakiti hati pasangan.
Sebagai seorang lelaki yang tidak sempurna, saya belajar pengajaran yang berharga bukan sahaja melalui pengalaman saya namun daripada hubungan pasangan lain juga.
Saya lebih rela membujang daripada menyakiti hati pasangan.
Bersyukur bekas isteri dah bahagia
Dalam pada itu, aktor berusia 40 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan perancangan tuhan buat bekas isterinya.
Saya benar-benar bersyukur kerana tuhan menyatukan dia dengan lelaki yang tepat sebagai suami.
Sekadar info, Nazim mendirikan rumah tangga bersama aktres Bella Dally pada 10 September 2016.
Walau bagaimanapun, mahligai yang dibina itu berakhir setelah dua tahun bersama sebagai suami isteri. Pasangan ini sah bercerai pada 2 Mei 2018.
Sumber: Instagram @nazimothman