Meskipun sudah bercerai, drama melibatkan dua pempengaruh media sosial iaitu Jofliam dan Cik Epal kembali menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Epal Dakwa Jofliam Bel*sah Pembantu Sebab Pegang Beg Tangan?
Jofliam dakwa
Terbaharu, Jofliam mencuri perhatian apabila mendakwa rumah tangganya hancur disebabkan oleh seorang pembantu peribadi kepada Cik Epal yang dikenali sebagai Ammar.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Jofliam atau Jofli Abu Bakar menjelaskan punca mengapa dirinya memarahi pembantu peribadi bekas isterinya sehinggakan tercetus pergaduhan.
Kenapa saya marah si budak Ammar ini? Lelaki ini adalah staf yang saya gajikan RM800 sehari.
Saya bayar gaji dia tapi ‘end up’ rumah tangga saya hancur berpunca dari dia.
Di Milan, saya ada dedahkan staf toksik dan inilah dia di Ammar, tuan-tuan.
Kalau betul lah bekas isteri saya kata, Ammar ni ‘spy’, kenapa mesti lelaki? Kalau dia boleh ingkar arahan suami dengan contact lelaki, kenapa tak ingkar terus dengan cari Dewi atau staf perempuan?
Kalau alasan saya halang? Ammar saya tak halang ke?
Dakwaan itu dibuat selepas Cik Epal memuat naik hantaran mendakwa Jofliam telah memukul pembantu peribadinya menerusi Instagram pada Khamis.
Insiden berlaku dua minggu lalu?
Menerusi hantaran lain, Jofliam turut turut berkongsi sebuah video dipercayai rakaman litar tertutup berhubung kejadiannya ‘pukul’ pembantu peribadi Cik Epal.
Menurut Jofliam, dia mahu ‘move on’ daripada kejadian tersebut memandangkan ia berlaku pada 13 Disember yang lalu.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Dakwa Cik Epal, perceraian itu berlaku disebabkan oleh Jofliam yang bermain kayu tiga bersama pembantunya yang dikenali sebagai Dewi.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: IG Jofliam