berita

Saya Gelar Mereka Tin Kosong – Ini Respon Ahmad Idham Bila Filem Tembus Dikritik Hebat

August 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Ahmad Idham tubuh akademi filem

Siapa di sini yang sudah menonton filem arahan terbaru Ahmad Idham, Tembus? Menggandingkan Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura, filem ini nampaknya mendapat sambutan yang agak lembap daripada para penggemar filem.

Kami juga telah berkesempatan menonton preview filem tersebut beberapa minggu lalu dan pada pendapat kami filem ini ‘‘not bad‘ dan ‘standing ovation‘ harus diberikan kepada pelakon seberang, Luna Maya.

Artikel Berkaitan: Review : Lakonan Fazura Ditenggelamkan Luna Maya. Kudos Filem Tembus!

Namun, lain pula dengan pendapat orang ramai yang nyata tidak begitu menggemari filem ini. Lantas memberi kritikan hebat terhadap Ahmad Idham.

Screen Shot 2014-08-07 at 1.11.42 PMAntar sedutan filem Tembus

“Saya malas nak layan pengkritik-pengkritik filem di laman sosial itu, mereka bukan mengkritik sebaliknya hanya memburuk-buruk dan mengutuk filem tersebut sahaja.

Saya gelar mereka sebagai tin kosong kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu dalam bidang ini dan tidak layak untuk meletakkan taraf filem saya di tahap mana.”

Menerusi laporan mStar Online, Ahmad Idham turut menambah bahawa kritikan-kritikan sedemikian hanya akan menjatuhkan moral dan semangat pengiat seni sahaja.

“Saya akui kutipan filem ini agak lembab dan baru mencecah RM400,000 selama seminggu ditayangkan, filem ini sebenarnya hanya eksperimen saya untuk menguji pasaran filem tempatan. Saya mahu tengok sambutan filem terhadap filem berat dan drama seperti ini.

Ternyata penonton Malaysia masih lagi mahukan filem yang ringgan dan santai. Kalau diikutkan ramai pengkritik filem yang hebat memberi bintang lebih kepada filem Tembus berbanding Mat Tudung.”

Ha.. ada betul juga kata Ahmad Idham. Kalau nak kritik pun biarlah ada fakta yang bernas dan diluahkan dengan niat untuk memperbaiki mana yang tidak betul. Setuju atau tidak?

Kredit foto: Instagram Luna Maya, Aaron Aziz, Fazura

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×