Sekadar gambar hiasan
Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya, malah terdapat pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi pasangan suami isteri. Kadangkala, sesuatu masalah rumah tangga itu timbul berpunca daripada orang ketiga.
Baru-baru ini, seorang wanita berstatus isteri mendedahkan telah menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.
‘Saya terlanjur dengan kawan tempat kerja..’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita terbabit mendedahkan kehamilannya sudah mencecah 40 minggu tetapi bayi dalam kandungan tersebut bukan benih daripada suaminya sendiri sebaliknya bayi tersebut adalah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.
Kehamilan saya sudah cecah 40 minggu dan tengah menanti hari nak bersalin tapi anak dalam kandungan saya ni bukan anak suami saya.
Sebenarnya saya terlanjur dengan kawan tempat kerja saya, apa patut saya buat. Saya takut nanti suami saya tanya kenapa anak kami muka tak sama macam dia.
Dalam pada itu, wanita terbabit akui sudah berjanji untuk berubah dan kini dalam proses untuk memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit.
Patutkah saya rahsiakan sahaja perkara ini dari suami saya? Saya dah janji nak berubah dan tak akan buat lagi benda macam tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita terbabit supaya menceritakan perkara sebenar kepada si suami kerana ianya melibatkan nasab.
Sumber: Aplikasi X