berita

‘Saya Harap Orang Ramai Tidak Membuat Sebarang Spekulasi’ – Mat Sabu Zahirkan Ucapan Takziah

September 4th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Umum sedia maklum, hari ini negara digemparkan dengan berita pemergian anak kepada pelakon terkenal, Ar Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut semasa sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

Allahyarham maut selepas terkena tembakan senjata jenis M4 ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Mat Sabu ucap takziah

Menerusi Harian Metro, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta tabah menghadapi dugaan pilu ini.

Saya berharap agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi kejadian yang berlaku.

Beliau juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden yang menimpa anggota komando Rejimen Gerak Khas, Mejar Zahir Armaya.

Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga Allahyarham.

Arwah teringin jadi pengawal peribadi Agong

Bapa, AR Badul ketika dihubungi Berita Harian menceritakan bahawa anak lelakinya itu pernah menyuarakan keinginannya untuk menjadi pengawal peribadi Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, peribadi anaknya itu agak ‘gila-gila’ apabila dengan kawan rapatnya.

Sejak kecil, Allahyarham menunjukkan sifat sukakan cabaran dan lasak. Kami sekeluarga tidak hairan apabila bidang ketenteraan menjadi pilihannya.

Kami jarang berjumpa disebabkan tugasannya, namun selalu berhubung. Kali terakhir kami bertemu adalah enam bulan lalu. Sepatutnya dia datang ke perhimpunan keluarga di Kemensah, sebelum Ramadan lalu, tetapi Zahir ditugaskan ke Indonesia.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×