
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira memaklumkan bahawa dia dan bakal suami, Ezwan Zain mengambil keputusan untuk berkahwin setelah meneliti akan semua perkara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira Terima Cincin Tanda 6 Minggu Lalu – ‘Kedua Keluarga Kami Sudah Bertemu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini
Harapan Erra
Ketika ditemui OhBulan!, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, memberitahu bahawa dia dan Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr E memutuskan untuk mendirikan rumah tangga selepas yakin dengan status hubungan mereka dan mahu mengakhirinya ke jinjang pelamin.
Kalau nak tunggu yakin dan sepenuh rasa, mungkin akan banyak bisikan yang menakutkan tambah pula sudah selesa hidup sendirian.
Mr E pun hidup solo sudah lapan tahun. Masing-masing sudah rasa selesa. Tapi akhirnya, fitrah manusia di peringkat usia seperti ini mahu berteman. Jadi biarlah kami buat cara yang betul dan diredai.
Menurut Erra, hubungan cinta yang terjalin adalah kerana perasaan ingin mempunyai teman hidup dan bukan atas dasar terdesak untuk memiliki pasangan.
Kami bukan di dalam situasi terdesak mencari pasangan tapi lebih kepada memikirkan jangka masa yang panjang untuk nak berteman dan kawan bicara di hari tua kelak.
Selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal, Erra berharap agar perkahwinan kali ini dilimpahi dengan kebahagian.
Saya harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutupnya.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa.
Erra menerusi majlis tersebut mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Mr E iaitu pada 12 Disember ini.
Bakal mempelai itu bakal diijab kabulkan pada Jumaat hadapan manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 13 Disember dan 27 Disember.
Terdahulu, pasangan tersebut dipercayai menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.
Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan bercerai selepas tiga tahun.
Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.