Suami kepada primadona Erra Fazira, iaitu Ezwan Zain tampil mengakui bahawa dirinya mudah berasa cemburu terhadap isterinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Isteri Saya Menjadi Pendengar Yang Baik’ – Suami Erra Fazira

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erra Fazira & Mr E Raya Underwater, Lengkap Bersampin Buat Netizen Teruja

Erra tak cemburu

@kasionzchannel

Suami kuat cemburu atau isteri? @Elizad Sharifuddin Layan episod 23 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain

♬ original sound – KasiOnz – KasiOnz

Menerusi sebuah podcast di TikTok, Ezwan, 45, secara berseloroh berkata dia kerap dilabel terlalu cemburu kerana merasakan isterinya sering menguji perasaan dalam hubungan rumah tangga mereka.

Erra akan cakap saya kuat cemburu sebab dia banyak menduga.

Tambahnya lagi, isterinya tidak berasa cemburu terhadap dirinya kerana dia sentiasa menjaga segala perkara dalam hubungan perkahwinan mereka.

Maksudnya ada benda-benda yang mencemburukan saya.

Tapi kenapa dia tak cemburu dengan saya?

Sebab saya menjaga semua.

Sumber: TikTok