berita

‘Saya Hilang RM5 Hari Ini, Saya Nak Cash, Tapi..’ – Kisah Rider Warga Emas Ini Buat Ramai Sebak

November 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sedihnya kami baca perkongsian dari wanita ini apabila seorang warga emas berbangsa Cina gigih menjadi rider di salah sebuah syarikat penghantar di ibu kota. Bayangkan dengan motor yang uzur, dia mencari rezeki berbekalkan semangat yang tidak pernah pudar.

Kegigihan uncle ini patut dijadikan inspirasi buat semua orang dalam kehidupan agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki hari ini.

Motor dan tua sangat-sangat

Allah tunjuk cash. Malam tadi dok bercerita dengan suami.. sedihnya saya hari ni. Hari ni memang ada open order dan delivery Miang Pla Pao macam biasa, dan servis Lalamove yang memang jadi pilihan untuk penghantaran. Dah 3 trip berlepas macam biasa, then sampai turn customer ke 4. Sekali tengok yang pickup uncle cina macam dah berusia.

Tengok kat gambar lalamove. Aik pelik dah. Tak pernah lagi dapat uncle cina buat job lalamove ni. Then tengok lokasi dia 11 minit lagi. Alamak lamanya, tergerak nak cancel dah. Sebab customer dah tunggu. Tapi Allah tahan.

Wanita ini terkejut apabila uncle tersebut sampai dengan motor terlalu uzur. Lebih sedih, uncle tersebut tidak mempunyai kotak penghantar, cuma membawa beg belakang biasa. Tambah pula dengan umur uncle itu yang tua membuatkan wanita ini bimbang dengan kondisi uncle itu.

Saya hanya ada ni aje untuk saya cari makan. Saya takde apa. Saya kena kuat mei untuk job, baru ada duit kan? Kalau saya tak kerja, mana datang duit kan? Dia cakap motor dia baru baiki ni. Dan asyik rosak-rosak juga. Kadang tengah jalan rosak. Saya bagi customer marah saya. Maki saya.. apa boleh buat. Saya diam saja la.

Hilang RM5 pelanggan batal pesanan

Pada mulanya wanita ini sangkakan uncle ini hanya buat kerja sambilan, namun rupa-rupanya uncle ini memang mencari rezeki menjadi runner lalamove. Bukan sahaja motosikal yang memang teruk, handphone juga pecah-pecah sehingga menyukarkan lagi uncle ini untuk membuat kerja ini.

Bayaran masa tu rm6 aku dah bagi pada dia. Then kejap uncle.. aku tambah lagi rm10 pada dia. Tu yang Allah gerakkan pada aku. Eh.. tak payah kak. Kata uncle tu. Tu rezeki uncle la. Allah dah tentukan macam tu. Hari ni pun saya terfikir pada siapa saya nak kongsi rezeki, Allah hadirkan uncle la. Tetiba uncle ni nangis koooo.. aaahh sudah. Tuhan Allah dengar doa saya hari ni.

Saya hilang rm5 hari ni. Sebab ada customer cancel. Saya nak cash, tapi dia nak bayar online. Saya tak pandai online. Customer cancel. Saya cakap takpelah. Sekali kakak bagi saya rm10. Mata dia merah. Dengan aku-aku nya merah mata.

Menurut uncle ini, dia kerja sampai malam selagi mana ada permintaan dan kudrat. Rumahnya di Selayang namun dia boleh ambil pesanan sehingga ke Shah. Bayangkan tatkala orang lain mewah makan, masih ada orang lain yang struggle untuk meneruskan hidup dengan nilai RM5 yang sangat besar.

Allah tegur aku lagi hari ni. Dan betul.. dalam rezeki kita, ada sebenarnya rezeki orang lain. Kita hanya pengantara.. Aku bersyukur Allah jumpakan aku dengan uncle ni. Tunjuk aku depan2. Paling penting, aku percaya rahmat Allah pada uncle ni sangat tinggi.

Sumber : Ct Aizah Suratman

 

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×