Pelakon dan pengacara, Fizo Omar akui trauma dengan kejadian menimpa dirinya yang secara tiba-tiba rebah selepas diserang penyakit vertigo, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Ada Dengar Khabar Angin Mawar Karim Sudah Kahwin Dengan Orang Kenamaan – ‘Selebihnya Tanya Dia’
Artikel Berkaitan: Fizo Omar Diserang Vertigo, Jatuh Tersembam Ketika Solat Subuh
Ingat kematian
Ketika ditemui OhBulan!, Fizo, 38, berkata selepas menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor pakar mengesahkan penyakit vertigo yang dialami berpunca daripada masalah resdung teruk.
Saya betul-betul trauma dengan kejadian itu, sebabnya tiba-tiba pengsan. Saya takut kalau selepas ini rasa pening sahaja akan pengsan lagi. Muka saya tersembam ketika jatuh itu, tidak sedar langsung.
Sebelum kejadian itu saya tidak rasa penat atau ada tanda-tanda nak pengsan, berlaku secara tiba-tiba. Saya tidak pernah tahu hidap vertigo. Apabila tanya doktor, dia kata salah satu puncanya adalah disebabkan tekanan.
Kemudian saya jumpa juga doktor pakar dan buat MRI, keputusan diterima disebabkan masalah sinus atau resdung saya di tahap agak teruk. Sangat bahaya kerana sinus boleh menyebabkan masalah lain di seluruh badan.
Fizo berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Berkongsi mengenai detik cemas ketika pengsan, pemilik nama lengkap Wan Hafizol Wan Omar berkata dia hanya ingat tentang kematian.
Saya hanya sedar ketika di hospital, waktu bangun itu saya ingat saya sudah mati. Iya lah ketika pengsan itu jatuh sangat kuat, muka dan kepada tersembam atas lantai.
Apabila sedar kembali, saya berasa amat bersyukur Allah berikan peluang kedua untuk hidup.
Saya memang tiada sakit lain, kali terakhir masuk hospital pun sebab demam iaitu tujuh atau lapan tahun lalu. Saya seorang yang sangat jaga makan minum saya.
Tiga atau empat kali seminggu saya akan buat senaman, jaga waktu tidur. Apa pun semuanya hendak berlaku, saya reda.
Katanya lagi, doktor menyarankan untuk dia mendapatkan rehat yang cukup dan mengehadkan pergerakan daripada melakukan kerja-kerja berat.
Doktor minta saya berehat dua minggu, tetapi tak sampai dua minggu saya dah kerja. Saya jenis tak boleh duduk diam tak buat kerja, sebab dah biasa bekerja.
Tetapi dalam bekerja itu saya terhadkan juga pergerakan saya, tidak mahu terlalu aktif. Doakan saya cepat sembuh.
Terdahulu, Fizo menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia diserang vertigo sebelum kepalanya terhantuk pada objek keras dan kemudian pengsan.
Pada 18 Januari lalu, Fizo terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O akibat insiden tersebut.
@ohbulanofficial Fizo Omar akui ada mendengar khabar angin yang mendakwa bekas isteri iaitu usahawan, Mawar Karim sudah mendirikan rumah tangga. #ohbulan #sembangentertainment #fizoomar #mawarkarim ? original sound – OHBULAN!