Memang tidak dapat dinafikan, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, setiap guru memainkan peranan penting bagi mengelakkan gejala buli ini daripada terus berlaku.
Namun, berbeza pula apabila seorang gadis berkongsi di akaun Twitter tentang kes buli yang berlaku di sekolah adiknya dan menganggap kejadian itu sebagai bahan jenaka.
‘Saya ingatkan anak awak mati kena seterika’
Menurut tweet yang dikongsi, adik gadis itu dikatakan telah meminta juniornya menyediakan makanan. Mangsa kemudian melaporkan perkara berkenaan kepada keluarganya sebelum mereka bertindak menghubungi ibu bapa pembuli tersebut.
Namun, jawapan yang diterima daripada bapa pembuli itu amat mengejutkan!
‘Adik aku pernah lari rumah’
Namun tweet tersebut telah mendapat respon daripada salah seorang pengguna Twitter yang berang dengan tindakan gadis itukerana tidak sensitif terhadap isu buli yang berlaku.
Menurut lelaki berkenaan, adiknya juga pernah menjadi mangsa buli sehingga dia tidak ingin balik ke asrama kerana takut dibuli.
Tular di Facebook
Isu ini mendapat perhatian oleh orang ramai sehingga ianya tular di Facebook. Salah seorang pengguna Facebook, Akhi Fairuz turut membalas serta memberi pandangan mengenai tweet yang dikeluarkan oleh gadis tersebut.
Ini tidak kelakar! Maka benarlah peribahasa ‘bapak borek anak rintik’, atau ‘bapak kencing berdiri, anak kencing berlari’. Budaya buli kebiasaannya bermula dari rumah. Malang sekali, perbuatan ini direstui oleh si bapa. Bila pembulian seperti ini dianggap lucu dan boleh dilawakkan, maka jelas mereka berada dalam kesesatan yang nyata.
Buli bukan hanya berbentuk buli fizikal, tetapi ia juga merangkumi verbal bully, cyber bully, pembulian emosi, buli mental dan lain-lain. Mengejek fizikal, mengejek nama bapa, menggunakan harsh word kepada rakan, pulau kawan, pau kawan, kesemuanya ini pembulian. Saya harap kesedaran bahaya buli ini berterusan.
Ia tak patut berlaku dalam mana-mana institusi, sektor pekerjaan, sekolah berasrama penuh, antara guru dan murid, pelajar dengan pelajar atau antara ibubapa dan anak.
Kesan psikologi kepada mangsa amat panjang. Orang yang membuli biasanya melupai apa yang telah dilakukannya dahulu, tetapi mangsa yang dibuli akan ingat sampai mati. Mangsa boleh memaafkan, tetapi untuk melupainya payah sekali. Namun, tidaklah bermakna senior tak boleh langsung sentuh junior. Kalau kena ayat, permintaan, guna lenggok bahasa yang baik, jangan kata maggi, rendang ayam pun junior boleh masakkan.
Bila pelajar mengadu ada yang meminta mereka untuk buat sesuatu, maka disitu ada bau-bau pembulian. Jika tidak dicegah dari awal, ia akan bawa masalah lebih besar kelak. Ia akan mewujudkan circle yang sama. Junior yang jadi senior akan membuli junior yang baru pula. Sepatutnya si bapa harus menjawab, ‘saya minta maaf. Tak patut anak saya buat macam tu. Terima kasih sebab maklumkan.’ Bukan jawab dengan jawapan sarcasm dan terserlah kebiadaban.
Ingat, pembulian ini jenayah. Jika tidak membunuh mangsa secara fizikal, pembuli ‘membunuh’ jiwa dan emosi mangsa sebenarnya.
Sumber: Twitter, Akhi Fairuz