Seperti yang kita semua maklum, pada Jumaat lepas telah berlaku satu bencana alam di negeri di bawah bayu iaitu Sabah. Kejadian gempa bumi yang melanda di Ranau berskala 5.9 Richter itu telah meragut 18 nyawa.
Salah seorang mangsa merupakan seorang kakitangan Mountain Torq, syarikat yang mengurus laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu, Valerian Joannes.
Kata-kata terakhir lelaki ini amat menyayat hati kami.
Saya Jalan Dululah
“Saya jalan dululah” itu kata-kata terakhir mendiang Velerian Joaanes, 27 kepada bapanya selepas pertemuan antara anggota keluarga pada 30 Mei lepas.
Menurut Bernama semalam, sepupunya Felix Fienn, 35 berkata, Velerian sempat menghubungi rakan-rakannya yang lain dan memaklumkan dirinya bersama kumpulan pelajar dan guru dari Singapura berada dalam keadaan selamat.
Namun, selepas gegaran itu, beliau tidak dapat dihubungi lagi
Tambahnya, ketika kejadian, Valerian yang menjadi pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari Singapura yang turut menjadi mangsa itu sedang mendaki Gunung Kinabalu.
Bapanya Joannes Kubang, 55, berkata
Memang sedih dengan kehilangannya tetapi kami menerimanya dengan tenang.
Mendiang telah bekerja di Mountain Torq hampir tiga tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Mangsa yang berasal dari Bundu Tuhan, Ranau akan dikebumikan hari ini.
Sumber : Bernama