berita

Saya Juga Rasa Terhina – Erma Fatima Ulas Isu Bade Kahwin Lagi Kerana Mahu Anak

June 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-15 at 11.24.04 PM

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pihak media dikejutkan dengan kisah pernikahan pengarah terkemuka, Bade dengan seorang wanita bernama Aida yang dikatakan berlangsung di negara seberang.

Meskipun isu poligami ini dilihat agak sensitif bagi kaum wanita, Erma Fatima dilihat tenang berhadapan dengan isu ini malah sudah sedia maklum dengan pernikahan itu.

Artikel Berkaitan: Bade Berhak & Mampu Kahwin Lagi – Erma Fatima Si Wanita Cekal

Namun, di sebalik ketenangan wanita itu, Erma ketika ditemubual oleh Melodi semalam memberitahu bahawa dirinya juga sedikit terasa kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suaminya dan disebabkan perkara itulah dia membenarkan Bade berkahwin lagi.

Screen Shot 2014-06-15 at 11.30.55 PMFoto perkahwinan Bade dan Aida

“Mungkin orang ramai silap mengatakan keizinan saya beri pada suami bererti saya menerima poligami. Tidak, ini satu ujian daripada Allah SWT. Mungkin mereka mengatakan saya begitu kental, tetapi jiwa saya masih seorang perempuan.

Saya mungkin merasai apa yang semua orang di luar sana rasakan. Saya juga rasa dipersendakan, saya juga rasa kelemahan saya, saya juga rasa terhina. Malang bagi seorang perempuan tidak dapat melahirkan anak, memberikan zuriat kepada suami, itu kelemahan utama saya. Saya tidak dapat memberikan zuriat kepadanya dan kerana itulah saya memberi keizinan.

Saya melakukan ni bukan untuk mendapatkan ganjaran payung emas, tetapi ini soal hati dan perasaan. Saya harus melepaskan orang yang saya sayang untuk kebahagiaan dia.

Mungkin ada sesuatu yang indah di dalam diri perempuan itu sehingga Bade sanggup memilihnya dan mengahwininya. Bade cukup dewasa untuk membuat pilihan, pilihan itu saya harap tepat.”

Namun, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Erma sengaja mengadakan penggambaran di luar negara semata-mata mahu mengelak untuk menghadiri majlis perkahwinan suaminya.

“Saya dah book tiket nak pergi ke Spain untuk shooting. Kalau saya cancel, saya kena cancel semua jadual-jadual orang lain. Majlis itu tetap akan berjalan dengan lancar dan meriahnya, tiada rasa cacat celanya majlis itu tanpa saya.”

Apapun, diharapkan agar rumahtangga Erma dan Bade akan kekal aman bahagia seperti selalu. Iyalahkan, sudah 24 tahun mereka melayari bahtera rumahtannga bersama, tentu sudah amat mengenali hati budi masing-masing.

P/S : Belajar memahami orang lain sebelum main lepas cakap sembarangan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×