berita

‘Saya Jumpa Awak Di Alam Lain. Di Situ, Tiada Radar..’ – Sharifah Sakinah

August 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Selepas Nabila Huda menegaskan tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal, kini giliran pelakon Sharifah Sakinah pula membuat keputusan untuk tidak lagi mempunyai hubungan dengan wanita yang pernah menjadi kawan rapatnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fesyen Tanjak Digayakan Sharifah Sakinah Di KLFW2023 Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Tetap Tak Kenal Nad Zainal, Dedah Kena ‘Block’ Di Instagram

‘Saya jumpa awak di alam lain’

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharifah Sakinah berkongsi semula doa dan kata-kata semangat yang pernah ditujukan kepada Nad ketika pelakon itu koma akibat mengalami pendarahan dalam paru-paru pada sekitar penghujung tahun lalu.

Mari kita ketuk pintu yang sama, membawa amin paling serius seluruh dunia. Kepada kesayangan saya, Nanad (panggilan Nad Zainal), awak kuat, awak istimewa dan penyayang.

Sharifah Sakinah juga seakan memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Nad sudah berakhir.

Dah boleh delete kot post ini. Saya jumpa awak di alam lain. Di situ, tiada radar. Berkata-katalah dari dalam hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsistik, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir anda.

Terdahulu, Nabila Huda atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi mendapat perhatian ramai apabila dia seolah-olah tidak mengenali Nad Zainal ketika ditanya wartawan tentang Nad.

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×