berita

[VIDEO] Fesyen Tanjak Digayakan Sharifah Sakinah Di KLFW2023 Curi Perhatian

August 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sakinah tanjak klfw 2023

Fesyen yang digayakan oleh pelakon, Sharifah Sakinah di Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, mencuri perhatian warganet sekaligus menjadi bualan panas.

Artikel Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Pakai ‘Circle Sequin Dress Hot’, Netizen Kesian – Doa Agar Dapat Hidayah

Fesyen tanjak

sakinah

Menerusi video di TikTok, Sakinah menjadi model memperagakan koleksi daripada jenama tempatan di pentas KLFW pada Rabu.

Membawa konsep ‘Pahlawan’, aktres berumur 34 tahun itu tampil dalam persalinan kedua dengan memakai top yang dipercayai diinspirasikan daripada tanjak berona kelabu metalic serta mengenakan skirt pendek berwarna rona yang sama.

Di bahagian leher Sakinah pula tergantung tali pinggang tradisional.

Pelbagai reaksi

Sharifah Sakinah fesyen 3

Bagaimanapun, penampilan pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired telah mengundang kecaman daripada warganet. Rata-rata pengguna media sosial kurang senang melihat tanjak dipakai di bahagian payu dara.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang kecewa kerana kesopanan pakaian melayu telah hilang.

Dalam pada itu, wargamaya turut memberi cadangan untuk mengambil tindakan terhadap jenama terbabit kerana sudah keterlaluan dalam berfesyen.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×