berita

Saya Kecewa Bila Mereka Kata Anak Saya Anak Haram- Jue Aziz

June 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-08 at 11.13.30 PM

Kahwin salah. Tak kahwin lagilah salah. Kasihan juga melihat nasib yang menimpa Jue Aziz apabila perkahwinannya bersama gitaris Indonesia, Bayu baru-baru ini telah dilemparkan pelbagai tohmahan.

Artikel Berkaitan:Inai Di Jari Kuatkan Spekulasi Pernikahan Jue Aziz & Gitaris Dari Indonesia

Paling teruk, mereka berdua dikatakan berkahwin secara rahsia di seberang kononnya semata-mata mahu menutup ‘kewujudan’ anak luar nikah. Ish. Siapa la pandai-pandai je tuduh ni?

Diiringi dengan tangisan sebak, Jue ketika ditemubual Melodi memberitahu bahawa anak lelaki bernama Darwish itu adalah anak angkatnya yang sudah kematian ibu kandung.

Screen Shot 2014-06-08 at 11.13.47 PMBayu dan si comel Darwish!

“Saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, tak pelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka.

“Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa.”

Jue juga memberitahu bahawa dia tidak pernah terburu-buru membuat keputusan berkahwin kerana menganggap bahawa Bayu merupakan jodohnya.

“Kalau saya senyap takkan saya perkenalkan dia sebagai suami saya. Cuma saya tunggu masa yang sesuai. Kami pun tak rancang untuk berkahwin sebenarnya di sana, tapi keluarga suami suruh cepatkan. Jangka masa dia cuti pendek dan saya pun ada penggambaran. Jadi balik sini baru kami kongsikan.”

Berdiri dengan tenang di sebelah isteri tercinta, Bayu juga menyatakan bahawa dia hanya mahu berfikir perkara yang positif dan tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.

Sabarlah Jue. Kalau mulut tempayan boleh kita tutup. Diharapkan Jue, Bayu dan anak lelaki mereka akan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

P/S: Makin cantik pula Jue sejak bergelar isteri orang ini.

Kredit foto: Instagram Jue Aziz

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×