Selepas selesai sahaja konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu ketujuh pada malam Ahad, penyanyi Ezad Lazim memaklumkan bahawa dirinya perlu segera pulang susulan rumahnya yang sudah dinaiki air.
Terbaharu, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan di rumahnya melalui Instagram.
Artikel Berkaitan: Ezad Lazim Pernah Kena ‘Scam’- ‘Ingatkan Kena Buat Show Sekali Dia Ajak Jalan-Jalan Pusing Kampung’
Tak dapat masuk kawasan perumahan
View this post on Instagram
Menurut Ezad, dia tidak dapat masuk ke kawasan taman perumahannya selepas jalan utama tidak boleh dilalui oleh kenderaan kerana dinaiki air.
Lampu jalan semua dah blackout dan longkang di sekitar kawasan taman perumahan saya ni pun dah dinaiki air.
Ni jalan nak masuk ke kawasan rumah saya dan dah ada penghadang dah. Jalan tak perlu cakaplah sebab memang tak boleh lalu langsung. Waktu saya nak ke konsert ASGV tadi pun saya tumpang kereta polis yang bertugas.
Tambah pelantun lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ itu lagi, kawasan perumahannya yang terletak di Sepang, Selangor sering dinaiki air setiap kali berlakunya hujan lebat.
Doakan semua urusan kami dipermudahkan, memang dari dulu kawasan rumah kami ni selalu banjir, selalu naik air.
Semoga ada tindak balas dari mereka-mereka serta pihak yang berkenaan.
Dalam pada itu, selepas hampir satu jam terkandas, penyanyi berusia 43 tahun itu akhirnya berjaya memasuki kawasan taman perumahannya dengan bantuan pihak polis yang bertugas.
Terdahulu, Ezad memaklumkan dia perlu segera pulang kerana rumahnya dinaiki air selepas namanya diumumkan sebagai peserta yang keenam tersingkir di dalam program ASGV pada malam Ahad.
Saya nak kena balik cepat ni, rumah saya dinaiki air (banjir).
Sumber: Instagram