berita

‘Saya Kena Jujur, Nyanyian Tak Sedap & Mengganggu Telinga Saya’ – Ajai Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery

October 22nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ryan Adam Bakery

Juri tetap program Famili Duo 3 iaitu Ajai memberikan komen kurang berpuas hati pada persembahan duo adik beradik Ryan dan Adam Bakery.

Artikel Berkaitan: Raih 3.8 Juta Tontonan Pada Minggu Pertama, Famili Duo 2023 Kalahkan Semua Rancangan Hiburan Malam Ahad

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Kurang Seminggu Latihan & Pelbagai Rintangan Menduga, Tetap Bangga Dengan Adik Saya’ – Shila Amzah

‘Nyanyian tak sedap’

Ryan Adam Bakery

Ajai menyifatkan persembahan Ryan dan Adam yang menyampaikan lagu Kau Tigakan Cintaku nyanyian asal penyanyi dari Indonesia, Aulia Rahman sebagai kurang enak sehingga mengganggu pendengaran telinganya.

Malah, Ajai berkata duo adik beradik itu telah tersalah memilih lagu.

Tiada ke orang cakap awak berdua tak sedap nyanyi lagu ini? Saya kena jujur, penyampaian nyanyian tadi itu tak sedap.

Awak berdua kena faham apa keistimewaan yang awak berdua ada, bukan tunjukkan keburukan.

Ini pertandingan saya rasa pemilihan lagu yang salah, tone yang tak sedap, persembahan ini mengganggu telinga saya, teruk sangat, kena faham dan tunjukkan yang cantik bukan tunjuk yang buruk.

Ajai memberikan komen tersebut sejurus Ryan dan Adam selesai membuat persmbahan pada konsert minggu kedua Famili Duo 3 yang bersiaran secara langsung di TV3, jam 9 malam.

Sementara itu, Ajai hanya memberikan tiga markah kepada duo itu.

SKIP THIS AD ×