berita

‘Saya Kenal Siapa Suami & Tahu Bagaimana Sikapnya’- Salma

April 20th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi kecoh di sosial media mengenai seorang bekas peserta program realiti televisyen, Azri apabila dia didenda RM5,000 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelupkan kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Walaubagaimanapun, Salma memberi kenyataan mengenai isu tersebut dan berkata bahawa dia lebih tahu perkara yang sebenar. Kejadian itu juga tidak melunturkan rasa sayang Salma terhadap suaminya.

‘Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami..’

Pemenang 3 Juara, Salma berkata dia dan keluarganya terima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka serta berharap orang ramai tidak membuat andaian kerana hanya mereka sahaja yang tahu perkara sebenar.

Perasaan sayang saya terhadapnya tidak pernah luntur. Dia suami saya, sudah pasti saya sayangkannya,” kata penyanyi, Salma Asis, 27, mengulas keputusan mahkamah terhadap suaminya, Muhammad Azri Abdullah, hari ini.

Mungkin ini ujian Allah dan orang luar tidak sepatutnya membuat andaian negatif kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Saya kenal siapa suami dan tahu bagaimana sikapnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Azri minta keluarga bersabar

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman ke atas Azri selepas bekas peserta Akademi Fantasia itu menukar pengakuan bersalah semalam, iaitu pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung. Azri diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Dalam pada itu, Salma berkata suaminya sempat berpesan supaya mereka sekeluarga terima keputusan itu dengan sabar.

Dia minta saya jaga anak dengan baik dan menguruskan segala keperluan mereka. Cuma tadi, saya hiba apabila melihat anak (mangsa) menangis. Dia memberitahu, mahukan papa.

Keluarga juga faham dan meminta saya bersabar. Saya terima ujian ini kerana percaya, ada hikmah di sebaliknya. Saya tidak mahu bercerita lebih, bimbang nanti orang berfikir yang bukan-bukan.

Sumber: Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×