berita

‘Saya Kenal & Tahu Gosip Kamu’ – Sufian Suhaimi ‘Speechless’ Perdana Menteri Suruh Nyanyi Lagu Terakhir

April 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi, Sufian Suhaimi berkongsi tentang momen ketika bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ingin Bina Kesedaran Isu Keganasan Rumah Tangga, Sufian Suhaimi Bantu Jahidah Nordin

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bagi Tahu Mengenai ‘Crush’. Kemudian Lofa Mengusik’ – Sufian Suhaimi

Teruja!

Penyanyi berusia 31 tahun itu menceritakan keterujaannya ketika berkesempatan untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun ketika menghadiri majlis berbuka puasa.

Sebenarnya saya sangat terkejut sebab Perdana Menteri kita kenal saya. Waktu bersalaman tu saya ingatkan beliau hanya mahu salam dan jalan terus selepas itu tapi beliau berhenti sekejap dan beliau berkata saya kenal kamu, saya tahu lagu-lagu kamu dan saya tahu gosip tentang kamu.

Menurut Sufian, dia juga merasa sangat seronok dan teruja apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memintanya untuk menyanyikan lagu yang dipopularkan olehnya iaitu lagu ‘Terakhir’.

Jadi sangat teruja bila pemimpin nombor satu negara kenal kita. Bukan sekadar kenal tapi meminati lagu-lagu saya.

Pada majlis itu dua tiga kali juga beliau tegur saya dan beliau ada meminta saya untuk menyanyikan lagu Terakhir. Lagu Terakhir adalah lagu yang paling beliau ingat. Saya sampai terlupa lirik sebab berdebar!

Sufian berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Rusa Music dan MVM Production pada Khamis.

Rasa dihargai

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Matamu ini, sangat memuji sikap Perdana Menteri yang disifatkan sebagai seorang yang sangat merendah diri. Sebagai seorang penggiat sini pula sudah semestinya perkara tersebut membuatkan dirinya rasa dihargai.

Saya sangat gembira kerana kita ada pemimpin negara yang merendah diri yang sudi menyantuni anak-anak seni jadi kita rasa dihargai.

Bila karya kita didengari dan dihargai oleh orang yang kita hormati, sudah tentu saya merasakan suatu kepuasan dengan perkara yang tidak disangka-sangka akan berlaku kerana beliau adalah satu figura yang hebat bukan sahaja di negara kita tapi di dunia.

Terdahulu, Sufian Suhaimi dan beberapa artis lain telah menghadiri ke sebuah majlis berbuka puasa penggiat seni dan pengamal media bersama Perdana Menteri bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

SKIP THIS AD ×