Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bimbangnya terhadap nyawa anak-anak angkatnya di Gaza yang kini berdepan dengan situasi getir berperang dengan Israel.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Sentiasa Bersama Palestin & Semoga Mereka Terus Kuat Di Sana’ – Mimi Lana
Sekolah kanak-kanak dibedil
Menerusi hantaran di Instagram, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang berjaya ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan yang dibuat pertubuhan diasaskannya, Yayasan Nurjiwa kini menjadi antara bangunan yang hancur akibat dibedil tentera Israel.
Situasi terkini di sana sangat runcing, masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda namun sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana.
Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah.
Di akhir hantarannya itu, pelantun lagu ‘Wajah Kekasih’ itu menitipkan doa agar kesemua saudara Islam di Palestin berada dalam keadaan yang sejahtera serta menyeru orang ramai untuk menyumbang sumbangan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Perkara ini tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-???. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada para pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.
Bersama-samalah menghulurkan sumbangan anda untuk membantu saudara kita di Palestin.
Setakat ini, angka korban di Gaza termasuklah di tebing barat dilaporkan meningkat dengan lebih 700 orang disahkan maut dan tercedera.
Posting Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Instagram, Berita Harian