berita

‘Saya Kira Itu Tidak Benar’ – Doktor Pakar Indonesia Nafi Latih Doula Hayati

March 1st, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Dalam debat Analisis Doula baru-baru ini, Hayati Muzaffar ada mendedahkan beliau mendapat latihan doula selama 7 tahun daripada seorang pakar di hospital Indonesia.

Walaubagaimanapun, menerusi mStar Online, Dr Tri menafikan terdapat pakar kecemasan yang mempunyai studio yoga seperti yang didakwa.

Saya kira itu tidak benar


Presiden Persatuan Toksikologi Indonesia, Dr Tri Maharani mengakui terkejut dengan dakwaan yang dibuat. Menurutnya, di Indonesia sendiri khidmat doula tidak dibenarkan.

Wah menakutkan sekali. Saya kira itu tidak benar. Saya pasti tidak ada seorang pun pakar kecemasan yang akan melakukannya. Saya sangat terkejut apabila ada pakar kecemasan dikaitkan dengan amalan itu. Tentu sahaja kami tidak setuju. Di sini tidak boleh guna doula. Kalau pun ada di desa terpencil yang tiada doktor atau bidan.

Itu pun kerana terpaksa. Namun masyarakat Indonesia ada program Klinik Ibu dan Anak (KIA) dan semua ibu harus berdaftar dengan puskesmas (klinik kesihatan) atau hospital mini di setiap daerah..

Program KIA sangat ketat

Dr Tri menjelaskan bahawa mereka tidak sesekali akan meminta doula untuk membantu proses menyambut kelahiran bayi.

Ya pasti tidak ada. Ini kerana program KIA sangat ketat. Kalau ada kematian ibu melahirkan maka doktor dan bidan akan dihadapkan ke jawatankuasa perubatan.

Malah doktor dan bidan juga boleh dipenjarakan kalau bersalah. Jadi kami sangat takut. Angka kematian ibu hamil dan melahirkan tinggi, jadi strategi ini dilaksanakan sejak 30 tahun lalu.

Dia harus minta maaf

Susulan itu, Dr Tri menggesa Hayati supaya membuat permohonan maaf kepada pakar perubatan kecemasan di Indonesia.

Dia harus minta maaf. Kenyataan dia membuatkan kami semua malu. Pakar kecemasan di seluruh Indonesia tidak ramai, hanya ada 58 orang kesemuanya.

Jadi saya kenal dan tahu semua. Tapi kalau (individu) mengaku pakar atau pakar kecemasan palsu mungkin ada. Jika Doktor Perubatan Am (GP) atau doktor mengaku pakar kecemasan itu soal lain. Saya yakin bukan pakar kecemasan.

Jadi doula 2012 di bawah pimpinan doktor di Jakarta

Dalam program Analisis pada Jumaat lalu, Hayati mengaku dia mendapat latihan menjadi doula 7 tahun lalu daripada seorang doktor pakar di bahagian kecemasan di Indonesia.

Pertama kali masa saya dilatih menjadi doula pada 2012 dibawah pimpinan seorang doktor bekerja di Jakarta sebagai doktor pakar kecemasan. Dia ada studio yoga. Jadi dia ajar di dalam studio yoga untuk jadi penyokong emosi.

Namun Dr Tri menafikan dakwaan dibuat bahawa terdapat pakar kecemasan di negara itu yang memilki studio yoga.

Seramai 58 pakar kecemasan Indonesia tidak ada praktik di rumah dan buka studio yoga. Saya pasti itu bukan pakar kecemasan. Mungkin doktor biasa atau GP atau doktor palsu.

Jadi saya memerlukan nama doktor yang dimaksudkan untuk saya buat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan Persatuan Doktor Indonesia.

Sumber : Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×