Usaha murni Ustaz Ebit Lew menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata memuji pendekatan yang diambil namun ada juga yang menegur tindakan ustaz merakam gambar dan video.
Berikutan itu, beberapa individu tampil mempertahankan Ustaz Ebit Lew dan menyokong penuh tindakannya.
‘Apa susahnya anda dengan kebajikan Ustaz Ebit Lew?’
APA SUSAHNYA KITA DENGAN AKTIVITI KEBAJIKAN UST EBIT LEW.
Saya turut menyaksikan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Ust Ebit Lew di serata pelusuk tanahair. Saya juga menyaksikan serangan kepada beliau bertubi-tubi dari berbagai arah. Beliau bukan sahaja diserang oleh orang awam yang jahil malah diserang juga oleh ahli-ahli ilmu.
Kepada pihak yang menyerang suka saya bertanya kepada anda, “apa susahnya anda dengan aktiviti kebajikan Ust Ebit Lew itu?” Adakah anda sakit dan merasa pedih dengan program beliau? Saya tidak nampak resionalnya serangan anda kepada beliau. Anda pertikaikan keikhlasan beliau kerana setiap program beliau dirakam dan divideokan? Saya ingin bertanya sejak bila anda dilantik oleh Allah menjadi juru semak hati-hati manusia yang beramal samaada ikhlas atau tidak?. Buka kah disana Ulamak berkata
Aku diperintah berhukum dengan apa yang zahir dan urusan Allah lah Yang Mengurus apa yang tersembunyi.
Tiada cacat cela jika dirakam
Jika aktiviti kebajikan Ust Ebit itu dari kewangan beliau sendiri, maka saya melihat tiada cacat dan celanya bila beliau rakam dan videokan. Kerana bukankah dengan rakaman itu akan mendorong orang lain untuk turut menderma dan berkebajikan. Ulamak menyatakan ada dua amalan yang boleh dipamirkan kepada khalayak, iaitu infaq dan jihad kerana akan mendorong orang lain mengikutinya. Sebuah hadis dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi dimana Nabi s.a.w bersabda;
Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.
Yang kedua, jika kebajikan yang beliau lakukan itu datang dari sumbangan dan kewangan pihak lain, maka sangat wajar beliau videokan kerana akan lebih menyakinkan para penyumbang dan mengelak daripada fitnah.
Lalu waspadalah dalam memberikan komen dan kritikan. Jangan biarkan perasaan hasad menguasai diri kita.
UMS
Kuantan Pahang.
21. April.2020
Buat anakanda Ebit Lew
Pesanan Tn Guru Maulana Juhari kpd Ustaz Ebit liew :
Buat anakanda Ebit Lew. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah, teruskanlah perjuanganmu itu membantu ummat kesayangan Rasulullah SAW, alangkah gembiranya baginda bila ummatnya disantuni dan betapa redhonya Allah bila kekasihnya redho.
Sahabat-sahabat dari kalangan ulamak. Tuan-tuan dari kalangan umarak. Teman-teman dari kalangan hartawan. Kenalan-kenalan dari kalangan duaat. Syeikh-syeikh dari kalangan ahli doa dan ibadat. Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu bersama wira-wira kita di barisan hadapan, dengan kita semua juga jadi barisan hadapan, natijahnya kita akan kuat dan pertolongan Allah juga akan bersama kita.
Jika kita bukan frontliner, pemimpin, dermawan atau petugas, tapi kita masih hamba Allah yang disuruh untuk betaubat, bermunajat serta bermohon kepadanya, dan itulah bahagian kita sebagai frontliner. Buangkan lah keegoan, kebencian, irihati, dendam dan tak puas hati terhadap orang lain. Belajarlah untuk menyalahkan diri sendiri bukan hanya mencari kesalahan org lain, dan ambil lah kebaikan orang lain untuk diteladani.
Sifat & perasaan yang sangat mahal
Apa kata Ebit lew bila melihat orang tua lumpuh terbaring dirumah usang “Allah maafkan saya kenapa baru sekarang saya jumpa pakcik, apa saya nak jawab di hadapan Allah nanti..”
Sifat dan perasaan yang sangat mahal, kasih sayang terhadap ummat kerana itu ia ada di dalam hati setiap nabi-nabi. Orang-orang penyayang mereka dikasihi Allah. Bila mana Allah sayang Allah beri hidayat bila Allah sayang Allah beri taufik utk melakukan kebaikan, kelazatan dan kemanisan di dalam ibadat. Barang siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.
Dengan asas ubudiah ia itu tauhid serta keimanaan dan asas ijtimaiah ia itu kasih sayang maka ketika kebanyakan bangsa dan negara sedang runtuh sekarang Atas dua asas ini kita bina kekuatan kita, insyaAllah bantuannya akan bersama kita keberkatannya akan turun pada kita
Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa kami. Kau terimalah taubat kami. Kasihanilah kami ibu bapa kami anak isteri kami. Ya Allah janganlah kerana dosa-dosa kami kau timpakan musibah ke atas keluarga kami dan saudara-saudara kami. Ya Allah terimalah doa kami dan doa-doa saudara kami…
Sumber : Zaki Wahab , Muhammad Fahmi