Pelakon Lufya Omar memberitahu dirinya kini lebih tenang dalam menangani masalah.
Artikel berkaitan: ‘Jangan Banyak Sangat Rezeki Sampai Lupa Akhirat, Lupa Allah & Sebagainya’ – Lufya Omar
Artikel berkaitan: Berang Julia Farhana Petik Nama Anak, Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami – ‘Fitnah Kepala Otak Kau!’
Berdamai dengan takdir
Memetik laporan Melodi, Lufya berkata, dia mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku tahun lalu untuk bertindak dengan lebih rasional.
Saya berdamai dengan takdir itu maksudnya apa yang telah ditakdir oleh Allah saya reda tetapi hal dunia ni antara saya dan Allah.
Jadi siapa yang buat salah dengan saya antara saya maafkan atau tidak itu urusan saya dengan Allah. Urusan dekat dunia ni wajib diselesaikan lah tapi tak selesai lagi.
Biar benda ni tenang tak perlu saya bagi ‘spotlight’ dekat orang-orang itu. Apa yang terjadi tahun lepas benda itu macam push my button saya sepatutnya lebih rileks.
Dalam pada itu, dia akui hilang kesabaran apabila ada pihak yang menggunakan nama anaknya, Laana Haura didakwa untuk publisiti.
Its pushing my button sebab awak menggunakan nama anak saya. Orang tahu harta terbesar saya adalah itu (anak). Itu yang digunakan untuk publisiti.
Awak tak perlu sentuh pasal anak saya tak ada kena mengena dengan awak.
Sekarang ni saya dah tak ambil tahu kecuali yang melampaui batas saya akan ambil tindakan undang-undang, itu sahaja.
‘Minta maaf kena ikhlas’
Disoal sama ada dia boleh memaafkan pihak yang dimaksudkan, Lufya mendedahkan dia tidak menerima sebarang permohonan maaf dan ia perlu dilakukan secara ikhlas.
Tak minta maaf macam mana nak maafkan? Kalau awak ada buat salah dekat orang kena minta maaf dekat orang itu tapi itu antara saya dengan Allah lah.
Tapi tak payah bawa media atau kamera di belakang, itu lain. Dia kena macam ikhlas dan kena betulkan benda yang dah messed up.
Orang kalau ada usaha, kita sendiri tahu. Kita pun bukan orang yang kejam. Bila sesuatu kerosakan berlaku, awak nak perbaiki semua itu nak jadi sempurna balik tak boleh tapi sekurang-kurangnya awak ada usaha.
Mengulas tentang tuntutan mutaah sejumlah RM1 juta daripada bekas suami, dia bertindak untuk tidak berkongsi kerana proses masih berjalan.
Proses ini bukan sekejap. Sebenarnya tuntutan itu dah lama tapi proses dekat Malaysia kena tunggu dan sabar. Ia masih berterusan, saya rasa tak perlulah nak kongsikan kepada umum.
Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.
Namun pasangan ini sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.
Sumber: Melodi