berita

‘Saya Mahu Bantu Dia Dan Ibunya’ – A.Aida Simpati Nasib Puteri Balqis, Tawar Berlakon Drama

January 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang sedia maklum, kehidupan pelakon cilik Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish kini berubah serta merta sejak dua tahun yang lalu.  Sejak beberapa tahun lalu selepas jatuh sakit, kemunculan Aqish di kaca televisyen dilihat semakin kurang dan kali terakhir dia berlakon adalah pada tahun 2018.

Terbaru, pelakon cilik ini dikatakan akan kembali berlakon dalam satu telefilem terbitan A Aida Production iaitu Tiada Galang Ganti bagi tayangan slot Cerekarama di TV3.

‘Lagipun dia pelakon berbakat’

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk A Aida memberitahu telefilem di bawah arahan Along Kamaludin yang bakal dibintangi Aqish kini sedang dalam penggambaran. Menceritakan kisah itu, Datuk A Aida berkata Aqish merupakan seorang pelakon cilik yang sangat berbakat dan tidak salah jika pihak produksi memberi peluang kepadanya untuk terus berlakon. Tambahnya lagi, tawaran berlakon yang diberikan itu sekaligus dapat membantu kehidupan Aqish sekeluarga yang sedang dalam kesusahan.

Selepas dapat tahu dia sakit sejak dua tahun lalu, saya selalu menawarkannya berlakon. Saya mahu bantu dia dan ibunya menjana pendapatan.

Apatah lagi saya tahu dia menanggung keluarga, jadi tidak salah jika berikan dia kerja. Lagipun dia pelakon yang berbakat.

Syarikat pertama kenalkan Balqis

Sementara itu, penerbit terkenal, Fadzil Teh berkata sebelum ini juga dia pernah menawarkan Aqish untuk berlakon di bawah produksinya tetapi disebabkan pada ketika itu dia semakin terkenal dan jadualnya juga dikatakan agak penuh. Tambah Fadzil lagi, produksinya merupakan syarikat pertama yang membawa dan memperkenalkan pelakon cilik itu dalam industri lakonan.

Syarikat saya yang mula-mula bawa di jadi pelakon. Dia memang pelakon yang berbakat. Cuma, apabila dia semakin terkenal, jadual pun sibuk.

Sekali lagi saya terbaca mengenai kisah hidupnya yang jual buku di jalanan sekitar ibu negara. Kasihan dia. Insya-Allah, nanti saya nak cari dia dan beli buku itu.

Dalam pada itu, Fadzil turut menasihati semua pelakon supaya menjadikan kisah kehidupan Aqish ini sebagai pengajaran buat semua.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×