Pelakon, Nadia Brian tidak menolak kembali berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri selepas bercerai, tahun lalu.
Artikel berkaitan: Baju ‘Barbie’ Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen – ‘Apa Yang Cantik Sangat Ni?’
Artikel berkaitan: ‘Ibu Didik Kami Adik Beradik Supaya Tidak Benci Ayah’ – Nadia Brian Berjaya ‘Switch’ Mental, Tak Simpan Dendam
Artikel berkaitan: ‘Ibu Pernah Derita Selama 14 Tahun & Beberapa Kali Masuk Hospital’ – Nadia Brian Trauma Keganasan Rumah Tangga
Mahu berubah ke arah baik
Menerusi laporan Berita Harian, Nadia memberitahu dia tidak serik untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana individu. Cuma, dia tidak mahu terkejar-kejar dalam mencari pasangan.
Saya masih single, tetapi sudah tentu saya terbuka, tetapi tidaklah mencari jodoh. Saya juga memilih bukan dari segi rupa, tetapi saya mencari pasangan yang boleh menyokong antara satu sama lain. Apa yang penting adalah agama. Sebab saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.
Itulah impian saya. Saya tidaklah meletakkan kriteria yang tinggi, cukuplah kukuh tiang agama. Saya juga mengharapkan perkahwinan kedua ia akan kekal sampai bila-bila. Doakan saya.
Sumber: Berita Harian