Pempengaruh sensasi, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berharap kisah rumah tangganya dengan bekas suami, Jofliam, dapat diselesaikan dengan segera.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Berkawan Dengan Amira Othman, Minta Peminat Doakan Yang Baik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Penuhi Tuntutan Kerja Pakai Baju Sedondon Dengan Amira Othman – ‘Lagipun Yang Kenen-Kenenkan Itu Peminat’
Mahu cepat berakhir
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Cik Epal memberitahu dia berharap semua yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Kita perlu berdamai dengan takdir dan bersyukur dengan apa yang terjadi, kerana saya rasa segala yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Saya pun berharap perkara ini akan berakhir dengan cepat. Saya memang mahu semuanya selesai dengan cara yang baik. Jadi, saya harap selepas ini semuanya baik-baik sahaja.
Cik Epal yang ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jakel kerana melantiknya sebagai salah seorang duta jenama berkenaan, walaupun dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang artis.
Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Feroz yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Duta Jakel. Saya rasa sangat terharu dan bahagia kerana Datuk Seri mempercayai saya, walaupun saya rasa saya bukan seorang artis.