berita

Saya Mahu Tampar Awie – Erra Fazira

January 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-31

Diberi jolokan sebagai ‘Primadona Filem Melayu’, Erra Fazira bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Walaupun usianya bakal menginjak ke angka 40 pada Februari depan, bekas ratu cantik itu masih kekal anggun seperti di awal penampilannya dalam industri.

Jangan panik ya. Ketika ditemubual semalam, Erra Fazira hanya mahu ‘menampar’ Awie demi menjayakan konsert teaterikal ‘Suara Kita’ yang bakal menemui peminat di Panggung Sari, Istana budaya bermula pada 3 Mac depan.

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-44Erra Fazira bakal berganding dengan Awie dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’

Menurut Erra Fazira, adegan dalam filem ‘Sembilu’ itu merupakan adegan paling signifikan dan dia juga tidak sabar untuk melakonkan babak untuk semula.

“Saya rasa semua orang menantikan babak itu, sebab bila bercakap pasal filem ‘Sembilu’, mereka pasti akan ingat babak masterpiece itu. Jadi babak itu wajib.”

Erra Fazira yang baru-baru ini tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) tidak menafikan bahawa wujud kegusaran di hatinya untuk kembali berlakon bersama bekas kekasihnya itu memandangkan masih-masih sudah berumahtangga.

“Saya tidak pernah membayangkan kembali bergandingan dengan mereka dan satu kegusaran pertama saya ialah untuk menjaga hati semua pihak, tetapi bila dah diyakinkan oleh isteri, keluarga Awie dan pada bahagian saya juga, ianya sudah terlerai.”

SIDANG MEDIA KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA AWIE – ERRA – ZIANA-50Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain kembali bergabung dalam konsert teaterikal ‘Suara Kita’

Ditanya jika Erra Fazira ada meletakkan syarat dalam lakonannya nanti, dia mengatakan bahawa perkara tersebut adalah tidak perlu kerana wanita jelita itu percaya bahawa masing-masing sedia maklum mengenai batasan mereka. Baginya, syarat yang remeh-temeh hanya akan menyusahkan semua pihak untuk berkarya.

“Kegusaran kedua saya ialah saya kena menjadi penyanyi semula, bergandingan pula dengan suara-suara yang hebat seperti Ziana dan Awie. Saya memerlukan rehearsal yang cukup. Bagaimanapun, saya akan cuba buat yang terbaik.”

Erra Fazira bakal mendendangkan beberapa buah lagu hitsnya seperti ‘Yang Terindah’ dan ‘Pasrah’ dalam konsert tersebut. Mahu tengok gambar-gambar terbaru Erra Fazira? OHBULAN! sediakan galeri khas untuk anda.