Nampaknya kontroversi video seksi melibatkan gadis mirip Fathia Latiff dan pelakon baru, Natasha Elyzza menjadi semakin hangat selepas video kedua mereka tersebar. Walaubagaimanapun, Natasha sudah mengakui kesilapan dan memohon maaf.
Artikel berkaitan : ‘Tasha Dah Conteng Arang Dekat Muka Ramai Orang’-Viral Video Fatiya Latiff Gelek, Rakan Mohon Maaf
Malam tadi, menerusi sesi live di Instagram, Fathia Latiff memohon orang ramai supaya tidak menfitnah kerana dia masih baru belajar bertudung. Namun, rata-rata peminat tidak berpuas hati kerana Fathia tidak menjelaskan perkara sebenar.
‘Saya masih belajar, jangan fitnah saya’
Melalui live instagram yang berlangsung kurang 10 minit itu, Fathia Latiff menangis teresak-esak meminta maaf dan meminta peminat tidak menfitnahnya. Menurutnya lagi, dia masih lagi dalam proses belajar mengenai islam dan belajar memakai tudung dengan sempurna. Dia juga kecewa dengan pelbagai khabar angin yang tersebar mengenainya. Akhir sekali Fathia meminta orang ramai supaya faham serta mendoakan yang baik-baik.
Sementara itu, di ruangan komen live tersebut peminat memberikan pelbagai respon. Ada yang menyokong ada juga yang meminta Fathia Latiff menjelaskan isu video yang tersebar baru-baru ini.
I’m only human
Di instagram, Fathia Latiff juga ada memuatnaik satu quote ‘I’m only human’. Namun tiada sebarang kapsyen ditulis untuk quote tersebut. Pelakon itu tidak menafikan atau mengiyakan status wanita dalam video itu sebagai dirinya.
sumber : Fathia Latiff