Semalam, Datuk Adi Putra telah mengesahkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof. Berita itu menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya turut tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Artikel Berkaitan : ‘Continuity Of 12 Years, Syukur Kepada Allah & Terima Kasih Mendoakan’ – Adi Putra
Menerusi Kosmo Online, Adi Putra turut mengaku beliau masih ada perasaan sayang walaupun sudah berpisah. Kita doakan yang terbaik buat kedua pasangan ini. Semoga kekal ke syurga. Inn sha Allah.
Masih sayangkan dia
Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah.
Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama.
Menurutnya, tempoh bercerai selama sembilan bulan ternyata tidak dapat memadamkan kasih sayang kepada isterinya itu. Dalam pada itu, bagi Aida pula, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam buat Adi biarpun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai sebentar tahun lalu
Hubungan kami sentiasa baik
Bernikah semula dengan Adi bukan soal memberi peluang kedua namun lebih kepada apa yang terbaik untuk kami.
Hubungan kami berdua sentiasa baik dan tidak terjejas meskipun dalam waktu tidak bergelar suami isteri. Saya rasa itu ialah antara petunjuk dari Allah bahawa kami jodoh antara kami masih kuat.
Menurut isterinya, hubungan dia bersama Adi Putra sentiasa baik meskipun sudah berpisah. Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
Pada 11 Mei 2012, Adi pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa sudah tiada persefahaman antara mereka. Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
Permulaan 2018, menyaksikan pasangan ini bersatu semula selepas berkat doa dari semua. Kami dari Oh!Bulan mendoakan yang baik baik buat kedua pasangan ini.
Sumber : Kosmo Online