Seorang individu merasakan anjing juga perlu diberi layanan yang baik seperti makhluk tuhan yang lain.
Artikel Berkaitan: ‘Anjing Rottweiler Kot, Kalau Tak Hancur Kaki Adik Saya’ – Anzalna Nasir Mohon Pihak Produksi Tak Pandang Enteng Isu Keselamatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Nasir Diserang Anjing Jenis Rottweiler Di Set Penggambaran – ‘Syukur Tiada Kecederaan Yang Serius’
Agama islam
@myforeverdoggo A kind vet assistant who is compassionate about helpinng the dogs in need. ?? #dogsofmalaysia #malaysiadogs #myforeverdoggo #adoptdontshop #bekindtoanimals #loveallbeings ? original sound – myforeverdoggo
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang merupakan seorang pembantu veterinar sering kali memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan.
Ujarnya, dia menerima kecaman kerana imejnya yang bertudung.
Saya masih seorang Muslim.
Kadang-kadang ada yang suruh saya buka tudung sebab saya pegang anjing.
Saya masih percaya tuhan saya, kerana agama kami aman.
Saya selalu turun untuk memberi makanan kepada anjing-anjing dan kadang-kadang saya juga menyelamatkan mereka.
Selalunya saya beri makanan kepada 40 hingga 50 ekor anjing pada setiap hujung minggu.
Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit menyatakan ibunya juga bersama-sama menjaga kebajikan anjing jalanan.
Dalam pada itu, individu terbabit berharap agar lebih ramai dapat berganding bahu membantu haiwan yang memerlukan kasih sayang.
Reaksi netizen
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji sikap penyanyang yang dimiliki Emma. Bagaimanapun, warganet turut menitip pesanan agar merujuk semula pada hukum memegang anjing dengan sengaja dalam agama Islam.
Sumber: TikTok myforeverdoggo