berita

‘Saya Memang Bertudung’ – Normah Damanhuri Pilih Pakai ‘Wig’, Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

May 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Demi menjayakan watak dalam filem ‘Tiga Janda Melawan Dunia’, pelakon Normah Damanhuri memilih untuk memakai ‘wig’ atau rambut palsu memandangkan dia bertudung.

Tak nak nampak rambut sendiri

Menurut Normah, dia sendiri yang sanggup untuk mengenakan ‘wig’ ketika ditanya Hyrul Anuar sejauh mana kesanggupannya untuk bereksperimen dalam naskah tersebut.

Kata pelakon senior paling laris sepanjang zaman ini, itu sahaja had yang boleh diberikan supaya tidak menampakkan rambut sendiri.

Semasa Hyrul mempelawa saya untuk terlibat dalam filem ini, dia ada tanya saya, sejauh mana saya membenarkan dia untuk bereksperimentasi dengan watak yang diberikan dalam naskhah ini.

Saya memang bertudung. Tapi untuk filem ini, saya kata boleh kalau mengenakan pemakaian wig atau rambut palsu. Saya sendiri yang cakap begitu pada Hyrul. Tak adalah sampai betul-betul menampakkan rambut saya sendiri.

Pakai wig masih lagi okey. Itu saja had yang saya boleh berikan demi komitmen pada filem ini.

Malas peduli mulut netizen

Dalam pada itu, aktres yang berumur 68 tahun ini enggan mengambil pusing akan kritikan dan cemuhan netizen dengan tindakannya.

Biarlah orang nak kata apa pun.

Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.

Filem bergenre komedi ini akan ditayangkan bermula 19 Mei 2022.

Sumber: Instagram @normahdamanhuri

SKIP THIS AD ×